Aku, Dia dan Stiletto oleh Sri Sarah (2014)


Review :
3/5 rate. Hanya kerana sepasang stiletto merah, Aulia dan Ashraff berkenalan. Marah, merayu, bergaduh setiap kali berjumpa bagai anjing dengan kucing. Aulia yang pada mula seorang yang sangat garang, menjadi lemah setelah sesuatu berlaku terhadap dirinya. Memaksanya tunduk akan setiap kata-kata yang keluar dari mulut si suami.

Cinta antara suami dan kasih seorang sahabat membuatkan Aulia selalu berada dalam dilema. Tersepit di antara kedua-duanya.

Baru nak hidup bahagia, ada saja rintangan dan dugaan datang silih berganti sehingga membuatkan mereka sepasang suami isteri terpisah beribu batu selama tiga tahun. Perit! Setelah pulang ke tanah air dengan bukti cinta mereka, suami masih belum dapat menerima mereka.

Mampukah Aulia kembalikan kebahagian mereka sekeluarga?(baca : 31-Jan & 1-Feb-19)


Aku, Dia dan Stiletto oleh Sri Sarah (2014) Aku, Dia dan Stiletto oleh Sri Sarah (2014) Reviewed by Ibucida on 2/01/2019 11:39:00 am Rating: 5

1 comment:

  1. Masa mula-mula baca tajuk post akak, saya ingatkan tentang filem Semerah Cinta Stiletto lakonan Farid Kamil & Lisa Surihani😂

    ReplyDelete

Powered by Blogger.