30 March 2019
29 March 2019
28 March 2019
Royal Jelly Vita C CNI by Shopee

27/03 semalam ada sesiapa yang sakan bershopping di Lazada dan Shopee. Heboh dalam office membawang pasal free shipping. Tak kurang juga dalam group whatsapp, semua bercerita. Masa ni lah nak bershopping sambil rileks. Shu nampak langsir murah harganya dalam lingkungan RM20.00. Murr murr je..
Gjoi minta belikan Royal Jelly Vita C CNI melalui Shopee. Memandangkan coin shu hampir expired ditambah dengan ree shipping, setelah ditotal, dapatlah harga kurang dari asal. Terus buat payment, alhamdulillah.. Harini sudah terima.
27 March 2019
26 March 2019
Anak Dara dan Tulang Ikan

Semenjak kami sekeluarga boikot (atas sebab alahan) dari membeli ayam 5bulan yang lalu, asal beli barang dapur mesti cari seafood mahupun daging. Ayam hanya kalau mak mertua datang dibelikan ayam seekor untuk cucunya, Sofia. Kenapa kami dah berhenti membeli ayam? sebab shu mula gatal-gatal setiap kali cuci ayam. dan terbaru Gjoi pun kalau makan ayam sudah mulai gatal-gatal, mungkin badan kekurangan ketahanan. almaklumlah sudah meningkat usia.
Bermula ibu dan ayah stop makan ayam, Sofia pun agaknya sudah boring makan ayam sebelum ni. Sekarang favorite dia setiap kali makan nasi adalah Selar Kuning, buat goreng dan makan bersama nasi putih + kicap. Bertambah nasi nya.
Di sekolah bila cikgu hidangkan ayam, Sofia dah kurang makan nasi dengan alasan nak ikan. Alahai anakku. Ibu kena terangkan semula, baru dia faham. dan cikgu tak sempat nak asingkan tulang dengan isi ikan sekiranya hidangkan mereka ikan. Lagi sekali ibu kena jelaskan.
Malamnya, ibu masakkan Gulai/Kari Bawal dan ajar Sofia asingkan sendiri tulang dan isi ikan. Masih kena pantau sambil makan takut tercekik tulang.
25 March 2019
24 March 2019
23 March 2019
22 March 2019
#28 Gulai Ikan Bawal

Malam tadi kami buat kari/gulai ikan bawal hitam bersama brendi. Alhamdulillah Sofia bertambah makan. Sekarang makanan kegemaran Sofia adalah ikan.
Bahan Hirisan :
- Bawang merah
- Bawang putih
Bahan kisar (untuk menumis) :
- Dua biji bawang besar size sederhana
- 4 ulas bawang putih
- Halba campur
- Rempah kari
- Daun kari
Bahan-bahan lain :
- Ikan bawal hitam
- Bendi
- Tomato
Cara-Caranya :
- Tumis sampai wangi bahan tumis tadi dan masukkan rempah yg dikisar tadi dengan halba campur lagi secubit. Masak sampai pecah minyak.
- Dah pecah minyak masukkan santan.
- Dah masukkan santan. Boleh masukkan sesudu besar asam jawa.
- Dah mengelegak boleh masukkan ikan, garam dan sedikit gula, Kemudian, masukkan bendi, tomato.
- Siap Gulai Ikan Bawal
#27 Sup Tauhu Telur
Hari Rabu yang lepas ulang alik depan tauhu telur. Nak buat, takut tak menjadi, tapi teringin sangat nak makan. huhu lepas dapatkan tips dari office-mate cara untuk masak tauhu ni, baru keyakinan tu ada. Balik rumah dah siap masak semua, rupanya anak dan suami i tak makan benda lembik-lembik.
Bahan-bahannya:
- Tauhu telur
- Bawang putih – cincang
- Serbuk lada hitam
- Udang / isi ayam
- Sos tiram – anggaran 2 sudu besar
- Cendawan shimeji / fresh shitake
- Lobak merah – hiris halus memanjang
- Daun sup – hiris
- Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh)
- 2 biji telur – pukul dengan garfu
- Garam
- Serbuk perasa (kalau suka)

Cara-cara :
- Potong tauhu telur seperti dalam gambar, dan gorengkan di dalam minyak yang panas, bila kekuningan baru alihkan supaya tauhu tadi tidak hancur. Sila berhati-hati kerana semasa menggoreng minyak akan terpercik. hihi
- Tumis bahan menumis hingga naik bau, masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan sos tiram, air dan cendawan dan tunggu hingga mendidih.
- Masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
- Tuang bancuhan tepung ubi sambil kacau kuah sup agar pekat.
- Masukkan tauhu tadi, kemudian perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran. Biarkan beberapa saat, baru tutup api.
- Tabur daun bawang.
Kredit : Siraplimau
21 March 2019
20 March 2019
Hasad Dengki Sesama Manusia

Perasaan hasad dengki ni adalah satu penyakit berbahaya dalam diri manusia. Ia boleh memakan diri sendiri dan membawa kepada keburukan. Jika terlalu mengikut perasaan hasad dengki ini, musnah lah hidup anak Adam.
Selalu kita dengar hasad dengki di kalangan peniaga, bersaing untuk menarik lebih ramai pelanggan, terutama peniaga restoran atau gerai. Kedai sebelah menjadi tempat tumpuan pelanggan atas sebab masakan sedap bukan pelaris mahupun ilmu hitam, namun disebabkan perasaan hasad dengki itu menguasai diri, di manderem kedai sebelah sehingga pelanggan tidak menjengah langsung ke kedai tersebut.
Selain itu, jiran sebelah rumah nampak bahagia dengan kesenangan hidup, janganlah di buat aniaya kepada keluarga mereka. Kita tidak tahu apa pengorbanan atau dugaan yang telah mereka sekeluarga hadapi sebelum mengecap kebahagiaan seperti ini.
Cemburu dengan rakan sekerja yang cepat naik pangkat. Mulalah sebarkan berita yang buruk mengenai rakan sekerja/kawan baik sendiri semata untuk menutup periuk nasi kawan baik sendiri. Bermasam muka dan cakap belakang.
No No No No.. tak baik tau kawan-kawan kalau kita ada perasaan hasad dengki ni. Kalau ada perasaan cemburu tu, ambil secara positif dan bersainglah secara positif, jangan terlalu taksub menjatuhkan orang lain sehingga kita terlupa Allah S.W.T Maha Esa.
Duduk dan muhasabah diri.
19 March 2019
18 March 2019
Badminton - Tempat ke-Tiga

Hai uolls, memandangkan seminggu dua ni kami busy dengan berbagai aktiviti, kemarin penghujungnya. Setelah hidup hampir 30 tahun, baru bulan ni pegang raket badminton atas sebab nak main untuk wakilkan office. Alhamdulillah.. dapat no tiga. dan terlalu banyak kenangan manis bersama mereka.
Bersama pengurus yang chill, kapten yang baik. Seronok dan sangat gembira bersama mereka. InsyaAllah lepas ni, kita bertemu lagi.
Iolls hanyalah pompom girl.
17 March 2019
16 March 2019
15 March 2019
Jombali - Spaghetti Seafood Aglio Olio

Tempoh hari ada update mengenai Jombali. Kali ni lagi sekali kami ke Jombali, naik kereta tak sampai 30minit sudah sampai. Itulah tempat kalau nak melepak time lunch hari Jumaat. itulah hari paling nikmat yang dapat dinikmati. hahaha
Memula nak order special promo buy 1 get free 1 dengan harga RM20.90. Kisahnya seperti 1 hidangan hanya RM10.30. Antara menu yang terlibat hanya nasi goreng dan kuey teow. Memandangkan kami tak makan kuey teow, menu terus bertukar ke Spaghetti Seafood Aglio Olio.

Untuk yang belum tahu, korang boleh download UDS Game ni di handphone masing-masing dan dapat potongan harga. boleh cuba. terbaik.. cer download dan tunjukkan UDS Game tu kepada pekerja di Jombali, diorang ada apps dan cara untuk claim potongan harga tu.
14 March 2019
13 March 2019
12 March 2019
#26 Bihun Singapore

Bihun Singapore | minggu ot minggu kena masuk ofis awai, jadinya masak ala kadar. campak-campak resepi. dan gambar seharusnya dari google. dah masuk perut baru teringat nak ambil gambar kenangan. hoho
Bahan-Bahan:
3/4 bungkus bihun
sedikit minyak, untuk menumis
1 mangkuk kecil isi ayam, potong ikut suka
1 batang fish cake, potong dadu
1/2 kiub ikan bilis
2 biji telur
kobis, karot, sawi cincang kasar
taugeh (ikut suka)
lada sulah (ikut suka)
garan dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk halus:
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
Cara Penyediaan:
- Rendam bihun semalaman. Tapis dan ketepikan.
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan isi ayam dan fish cake.
- Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
- Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
- Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
- Angkat dan hiaskan. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
Tips:
Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.
resepi : iresipi
11 March 2019
Ave Maria by Kim Ah Joong in 200 Pound Beauty
Sebenarnya iolls tersuka lagu ni masa layan cerita 200 Pound Beauty kemarin. Lirik jangan ditanya sebab iolls tak reti, jadi uolls boleh layan lah. Lirik takda. hiks..
[Lirik] Ukays - I love You I Miss You
Kali pertamaku bertentang mata
Kali keduaku memendam rasa kepadanya
Kali ketigaku rindu padanya
Kali keempat aku jatuh cinta
Siang dan malam ku terbayang-bayang
Hati tak tenang asyik memikirkan kau seorang
Mandi tak basah tidurku tak lena
Kerna kau saja gadis yang ku puja
Oh baby oh sayang oh kasih
Sungguh aku cinta kamu
Oh kasih oh baby oh sayang
Sungguh aku sayang kamu
Oh baby oh sayang oh kasih
Cintaku hanya untukmu
Ku akan menjaga mu sehingga akhir hayatku
Oh kasihku
I love you aku sayang kamu
I miss you aku rindu kamu
I hate you jangan benci aku
Cinta kasihmu hanya untukmu
I love you aku sayang kamu
I miss you aku rindu kamu
I hate you jangan tinggal daku
Sampai mati ku setia padamu
10 March 2019
[Lirik] Zamani - Aduh
VERSE 1
Hanya Tuhan saja tahu perasaan ini
Namun kamu saja tahu mengapa begini
Masih jelas gambaran terakhir mu di minda
Melengkapi kisah kita yang takkan sempurna
PRE
Mengapa aku
Mengapa kita
CHORUS
Aduh aduh aduh aduh aduh
Ku hanya mahu mencintai sepenuh hati ku
Aduh aduh aduh aduh aduh
Oh.. Mengapa aku?
Aduh aduh aduh
VERSE 2
Lama ku tunggu hanya ‘tuk berdiri semula
Bagai menunggu bulan untuk jatuh ke riba
Dan tak pernah hari ku berlalu tanpa doa
Mengharapkan engkau terus dalam bahagia
BRIDGE
Akhirnya kini
Aku mengerti
Apa yang telah kita miliki
Takkan kekal selamanya
Pastikan kembali
Kesembuhan dan Badminton
Fuhh.. lebih dua minggu kami menjauhkan diri dari media sosial. Facebook dan IG memang sudah lama tak update. Sejak keadaan badan tak sihat, kami banyak menghabiskan masa bermeditasi, lepas makan nasi, makan ubat, dan meditasi. Lemaunya tak terucap.
Setelah yakin badan sudah boleh memberi kerjasama, pagi kemarin kemain p berlatih main badminton untuk tournament minggu depan, masa bermain seronok, berpeluh. Sebaik turun dari kereta di rumah, habih sakit urat we. Sampai ke harini urat tegang. Berjalan pun dah macam nenek-nenek sakit urat.
Seumur hidup belum pernah main badminton, ni first time pegang raket. Rasanya macam mana dalam gelanggang tu, kiri kanan tak reti main. Nasiblah ada team mate yang sanggup mengajar dan berkongsi tips. alhamdulillah. semoga terpilih ke final. amin..
Harini, berehat sepenuhnya. Kerana minggu depan, minggu yang tersangat sibuk. Mengadap ot seminggu berderet, disamping minggu yang sama ada tournament dan training badminton yang hampir selang sehari. Mohon kesihatan badan masih memberi kerjasama yang jitu.

Setelah yakin badan sudah boleh memberi kerjasama, pagi kemarin kemain p berlatih main badminton untuk tournament minggu depan, masa bermain seronok, berpeluh. Sebaik turun dari kereta di rumah, habih sakit urat we. Sampai ke harini urat tegang. Berjalan pun dah macam nenek-nenek sakit urat.
Seumur hidup belum pernah main badminton, ni first time pegang raket. Rasanya macam mana dalam gelanggang tu, kiri kanan tak reti main. Nasiblah ada team mate yang sanggup mengajar dan berkongsi tips. alhamdulillah. semoga terpilih ke final. amin..
Harini, berehat sepenuhnya. Kerana minggu depan, minggu yang tersangat sibuk. Mengadap ot seminggu berderet, disamping minggu yang sama ada tournament dan training badminton yang hampir selang sehari. Mohon kesihatan badan masih memberi kerjasama yang jitu.