Zaman kanak-kanak ribena adalah zaman kebebasan yang tanpa sempadan. Haa ingat teknologi saja tanpa sempadan. Siapa yang pernah merasai lima permainan di bawah, boleh dikategorikan dalam golongan senior dah. Alamak sudah senior lah shu ni.
1. Lompat Getah / Zero Point
Permainan yang paling lasak lah. Melompat setinggi alam. Paling geram masa nak melompat kawan angkat, dah la kita ni tahap ketinggian yang kurang. Memang tak sampai dek kaki. Menjadi permainan dalam kelas bila habis peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Sekarang kalau disuruh main, paras pinggan saja lah, selebihnya berat dek spare-part kiri kanan.
2. Baling Selipar / Baling Tin
Sakit yakmat kalau kena selipar masa tengah mendirikan replika seperti gambar di atas. Begitu juga kalau bermain baling tin. Baling sekuat hati beb! Seronoknya sebab mendidik dalam diam, kerjasama berpasukan.
3. Lompat Tikus
Permainan pancing muka namanya. Terasa teraniaya bilamana kawan yang melompat tu kaki tak bedung, habis disepaknya muka orang. hahaha adat bermain, ada sesetengah yang suka main tipu. Part kena lalu "tol", sedar-sedar dah lepas "tol". kurang asam..
4. Pondok-pondok
Ini sangat legen. Masih segar dalam ingatan, habis pokok bunga raya keliling rumah di petik untuk buat masak-masak. Periuk belanga yang dah rosak habis dikumpul. Pondok usah cakap, berhias dengan daun pisang. Mak orang paling menyinga bila nak buat kuih, daun pisang habis tinggal batang pisang!
5. Batu Seremban
Kenangan paling manis, main batu seremban sampai batu menjadi bulat. Susahnya nak main kalau sampai tahap itu. Sebabnya bila tabur, bertabur jauh batu-batu. Ada ketika, batu terbelah dua. Siapa dapat kumpul mata paling banyak, menang. Dan paling seronok, bila turn lawan bermain kemain lama. Ada yang mula mengacau. Seronok!
Bila teringat tersenyum sendiri. Indahnya zaman kanak-kanak kita dahulu. Paling nakal panjat pokok pokok jambu. Shu patah jari kelingking sebab memanjat lah ni.
Peredaran zaman menjadikan kanak-kanak sekarang lebih cenderung bermain di kawasan rumah mahupun dalam rumah. Tengok Sofia sajalah, weekend baru bermain dengan kawan di kawasan padang. Hari kerja balik sekolah sudah 6.30 petang, belum sempat bermain, hari mulai gelap. Itu sebab dalam rumah pun dia ajak ayah dengan ibu main lawan lari. aduh! gawat!
Tajuk panjang kali ini. Kesedaran itu penting. Anak itu anugerah yang tak ternilai, kitalah yang mencoraknya pada masa sekarang untuk menjadi manusia pada masa akan datang.
Tadi masa makan malam, si ibu mengajak Sofia makan bersama. Sudah menjadi kebiasaan Sofia akan makan nasi bersama ibu. Samada ibu suap atau makan sendiri.
"Kakak, jom makan nasi ." jawapan Sofia, "Sofia nak makan depan tv sambil tengok tv, ibu". Ibu hang mencuba lagi sekali.
"Kakak jom makan nasi di dapur dengan ibu dan ayah. Lepas makan kita sambung tengok tv sambil makan Cloud 9". Panjang arahan ibu Sofia kali ini. Ibu tengah sendukkan nasi, nampak kelibat mek ni di meja makan. Dengar dia pesan dekat ayah nya "Ayah tolong pause cerita ABC Sofia". Kemain!
Selesai makan, pinggan kotor diangkat cepat-cepat ke sinki bersama cawan dia. Cuci sendiri walaupun tangan tak sampai (karang ibu kena double check keadaan pinggan tu). Meja makan dilapnya laju-laju. Ini tabiat normal kalau nak sambung tengok rancangan kegemaran dia. Sesi tuntutan janji berlaku.
"Ibu mana Cloud 9?" Cepatnya anak membesar. Nasi dalam perut ibu belum habis hadam lagi, dia dah minta makanan lagi. hahaha
Kalau ibu buat tak peduli dengan janji tu, pasti Sofia akan fikir ibu tipu, ibu saja buat janji pelesu. Lepas ni bila ibu minta Sofia buat sesuatu, pasti Sofia tak mau buat. Bila besar nanti pasti Sofia susah nak percayakan orang. Ibu tak mau buat kesilapan yang besar ini.
Ibu tengah menaip ni, tetiba dibawa nya aiskrim Magnum pulak dah. Sofia, hang tak kenyang lagi ka? Sat lagi nak minum susu pulak. Tepuk dahi!
Kau nak cepat kaya Macam jual unta Tapi kau sendiri Malas nak usaha Cerita sana sini Gebang kau merata-rata
Pantang depan mata Ada saja cerita Tipu belit kawan Dah macam ular sawa Bila dah tahu kau lari berbatu Macam kau nampak hantu
Cerita zaman dulu Pak kaduk gadai tanah Dia laga ayam bukan kepunyaannya Cerita zaman sekarang Kau yang guna duit orang Pabila pecah tembelang Lari lintang pukang Kau tak mampu bayar sekupang-pang (Alakazam)
Pok amai-amai belalang kupu-kupu Bayar duit aku yang semua kau sapu Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana
Buai laju-laju buai sampailah pokok sena Duit tu beribu semua entah ke mana Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa Rampo ngiseng semar tilem
Solo solo Solo solo Solo solo
La la la la la la la la La la la la la la la la
Cerita zaman dulu Pak kaduk gadai tanah Dia laga ayam bukan kepunyaannya Cerita zaman sekarang Kau yang guna duit orang Pabila pecah tembelang Lari lintang pukang Kau tak mampu bayar sekupang-pang (Ram-pang-pang)
Pok amai-amai belalang kupu-kupu Bayar duit aku yang semua kau sapu Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana
Buai laju-laju buai sampai pokok sena Bayar hutang itu takut nanti kau merana Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.
Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau.
Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:
Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:
Sempena habis sudah 44hari berpantang, tetiba muncul keinginan luar biasa dalam diri ni nak makan eskem Magnum White Almond. Habis sakit urat naya lah. hihi sendiri cari sakit nak makan benda pelik-pelik. Padahal last makan eskem ni tahun lepas rasanya. Gagah nak makan juga.
Biaq p, cari sakit sapa suruh. 4tahun lepas pantang eksem setahun, kali ni gediks semacam hari ke-45 dah makan eksem. Esok-esok sakit, jangan merungut ya Shu?
Bila makin hampir ke penghujung tahun ni semua benda nak diselesaikan sebelum tutup buku 2018. Sebelum tu kena check sama ada sudah tercapai ataupun masih tergantung. Oh! Bila buka web www.goodreads.com, separuh pun belum selesai. 44/100 buku baru di baca. Maksudnya target tahun ni sehingga bulan Ogos belum tercapai. Ok nak teriak!
2019 Reading Challenge - masih berbekalkan tiga bulan untuk di capai. Chaiyokk!!
Major throwback | Hari Rabu yang lepas kami mengulor hingga pukul 4.30 petang. bersama boss. Dipendekkan cerita, buat farewell pekerja paling lama di department shu, akan berpindah ke department lain. Tapi masih dalam satu kawasan. Masih boleh bergurau senda walaupun jarang-jarang berjumpa.
Boss shu ni satu yang shu suka tentang beliau. Suka sangat belanja pekerja bawahnya makan. Tak lokek duit bab makan. Tempoh hari belanja makan durian, makan sampai muntah beb. Jangan ada yang malu-malu kucing, tak memasal kena bahan. Kena tunjuk kebolehan korang untuk makan secara banyak dan percuma. haha itu yang penting. Ok dah simpang jauh dari topik asal.
Kami memilih untuk makan di Restoran Mohd Chan @Bandar Baru Bangi. lagi sekali shu cakap di Bangi, dari Hulu Langat. Bossku!
Pencuci mulut - ni saja perut dah terasa nak kenyang. Shu kurang sikit makan benda ni. Tak reti makan ceritanya.
Sajian utama bersama nasi putih adalah : Siakap Goreng 3 Rasa
Classic Butter Prawn
Sotong Masak Sambal
La-La Syiok Pedas Manis
‘Kam Heong’ Chicken
Baby Kailan with Japanese Taufu
Four season vegetables
Desert :
Golden Dumpling with Thai Chili Sauce (4 biji)
Green Tea pancakes - terbaik
Kaya - apa nama tah letak kaya. sangat manis!
Alhamdulillah, kenyangnya sampai ke malam.. Servis terbaik dan lokasi restoran pun strategik. Shu yang bukan pencinta makanan Chinese-Muslim ni, sedap lah masakannya. Boleh cuba ya kawan-kawan. Mohd Chan Restaurant ada membuat Makan-makan Merdeka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 12tengah hari - 5 petang. moh ler serbu!!
SIARAN MEDIAMENTERI KEWANGAN MALAYSIA YB TUAN LIM GUAN ENG PEMBAYARAN FASA KETIGA BANTUAN SARA HIDUP 2019 MULAI 28 OGOS 2019
Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan telah meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa ketiga BSH 2019 akan dilaksanakan mulai28 Ogos 2019 (Rabu).
Sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima 4 orang anak. Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur.2
Pembayaran fasa ketiga BSH 2019 mulai 28 Ogos 2019 ini akan melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH 2019.Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada bulan September 2019.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
Keterujaan Sofia tidak berkeseorangan, apabila ibunya pun turut teruja bila tengok shawl dan bawal merdeka dari IG sis Izrina ni. Tanpa berfikir panjang Ahad lepas terus order. Semalam 20/08/19 barang selamat sampai. Alhamdulillah..
terbeli shawl ini.
Apa yang menarik, kainnya lembut. Kalau warna-warna seperti ini, waktu menggosok dapat dikurangkan. haha..
Diserta bersama kad ucapan penghargaan dan kerongsang. Minggu depan dah boleh berkempen dalam ofis dengan shawl Merdeka Mirabelle.
Menghitung hari, Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-62 2019 ini. Berdebar rasanya, sudah 62 tahun kita bebas dan hidup aman damai. Petang tadi, bersama Sofia mencari barang dapur, terserempak dengan pelbagai jenis Jalur Gemilang, Sofia orang pertama yang teruja.
Ibu masuk bilik kerja, dah tersusun baik Jalur Gemilang beliau. Selebihnya akan dibawa ke taska untuk mendeko bersama kawan-kawan yang lain.
Alang-alang bercerita mengenai Hari Merdeka ni, dah tengok ke belum logo Hari Kemerdekaan kita pada tahun ini?
Logo ciptaan
Nik Zulkifli Nik Hitam menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.
Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih
Ianya membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia. Malaysia Bersih pula adalah lagu tema utama bagi sambutan tahun ini
Bismillahirrahmanirrahim... Salam Isnin yang indah. Siapa peminat makanan Thai, sila angkat tangan. Antara menu yang selalu di pesan setiap kali ke kedai makanan Thai. Kerabu Maggi, Bihun Tomyam. Lama sudah tak menjamah makanan Thai ni. Rindu sangat!
Minuman yang menjadi kesukaan shu, Coffee ais dan Thai Tea. Gambar memang tak di upload sebab tak order.
Apa yang menyebabkan Shu suka makanan Thai ini adalah portion yang saaaangat banyak dengan sayur dan makanan laut dia. Tambahan rencah yang cukup rasa. Memang terliur. Pantang ada yang nak ke kedai ini, pasti shu akan order. hihi
KUALA LUMPUR: Penyebaran sebarang kandungan berunsur 3R - Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial boleh dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel mediasosial@mcmc.gov.my
Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak, berkata kaedah itu membantu mempercepatkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka yang didapati menyebarkan kandungan sensitif berkenaan di media sosial.
“Rakyat Malaysia diminta mengambil tangkap layar (screenshot) dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian seperti tertera di atas.
“Bagi kandungan negatif disebarkan melalui WhatsApp pula, sila ambil tindakan yang sama berserta nombor telefon individu yang menyebarkannya bagi tujuan aduan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Al-Ishsal ketika mengulas lanjut, berkata SKMM turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memulihara keharmonian dan keamanan yang dikecapi sejak terbinanya negara ini, 62 tahun lalu.
Katanya, sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini mesti dihentikan serta-merta demi kepentingan bersama.
“Justeru, berfikirlah sebelum kita membuat sebarang kenyataan atau ulasan mengenai perkara sensitif. Jangan sesekali ‘tweet’, kongsi dan membuat ulasan yang boleh menyinggung perasaan pelbagai kaum di negara ini.
“Hayatilah erti kemerdekaan dan hormati sambutan bulan kemerdekaan yang penuh bermakna ini. Jadilah rakyat yang matang dalam menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman yang boleh memecah-belah perpaduan demi kemakmuran bersama,” katanya.
Bismillahirrahmanirrahim... Sudah menjadi kebiasaan setiap pagi baik di tempat kerja mahupun dirumah, Kopi Cap Hang Tuah ni menjadi peneman. Dulu terbiasa dengan nescafe, sekarang sudah sebati dengan kopi-o. Dah banyak cuba kopi jenama lain, namun cap Hang Tuah ni masih melekat di hati. Paling shu suka, kopi-o perisa Robusta ni. Pekat juga.
Kopi yang digunakan adalah jenis Robusta ini pekat dan kaya dengan rasa aromatik yang sedap yang memikat hati.Bancuh dalam cawan besar pun masih terasa kepekatan dari seuncang kopi-o ini. Pada mulanya, suami yang perkenalkan kopi ini. Lama-kelamaan dah jadi rutin setiap bulan pasti beli dua paket. Satu dirumah, satu di tempat kerja, minum bersama teman-teman.
Kopi yang digunakan adalah jenis Liberica. Jangan keliru, berlainan warna kerana biji kopi yang digunakan adalah berbeza. Tapi masih 2 in 1 ya. Kopi ini jenis cair sedikit. Shu sukakan biji kopi Robusta.
Ini antara keluaran terbaru dari Hang Tuah. Shu belum jumpa lagi, kalau jumpa mau di belinya. Dibawah ini adalah 3 in 1, jadinya tak shabar nak merasa...! Hingga kita berjumpa nanti..
Sedikit Mengenai Kopi Cap Hang Tuah :
Our story began way back before 1955. The founder, Allahyarham Tn. Hj. Zainal Bin Hj. Said had visualized his dream to establish a Malaysian style of coffee powder or more to known as Kopi-O under the brand of Hang Tuah, a Malay warrior.
According to folklore, his idea was not in favor to the British, which occupies Malaya during that time, due to Hang Tuah’s name could provoke and made a significant impact towards the independence of Malaya. And so, during this time, the coffee he brewed were branded as "Chap 3 Murid" (3 Student Brand).
Bismillahirrahmanirrahim... Malam Rabu yang lepas bersama suami dan Sofia ke TGV Cinema untuk tonton cerita Hobbs & Shaw ni. Peminat Fast & Furious katanya, haruslah tonton. Sofia first time masuk panggung, culture shock jadinya sebab nengok cerita aksi macam ni. Ok next time Sofia dah order nak tengok cerita Boboiboy.
Tentang Filem Ini :
Setelah lapan filem berjaya mengumpul hampir RM20 billion, francais Fast & Furious kini menampilkan filem spin off dengan kemunculan Dwayne Johnson dan Jason Statham yang kembali dengan watak mereka sebagai Luke Hobbs dan Deckard Shaw dalam Fast & Furious: Hobbs & Shaw.
Sejak seorang penegak keadilan, Hobbs (Johnson), ejen setia keselamatan diplomatik Amerika Syarikat, dan seorang pelarian, Shaw (Statham), bekas tentera elit British, berhadapan satu sama lain untuk pertama kalinya dalam Furious 7 pada tahun 2015, mereka berdua ini tidak berhenti berbalas cemuhan dan pukulan dalam cubaan untuk mengalahkan masing-masing.
Tetapi, apabila seorang anarkis yang kekuatannya dipertingkatkan menggunakan siber-genetik, Brixton (Idris Elba) memperoleh kuasa kawalan atas ancaman biologi berbahaya yang mampu mengubah kemanusiaan selamanya — dan ejen M16 yang berani (Vanessa Kirby dari The Crown), yang juga merupakan adik perempuan Shaw — dua orang musuh ini harus berganding bahu dalam menjatuhkan seorang lelaki yang mungkin lebih hebat daripada mereka berdua.
Hobbs & Shaw membuka pintu baru untuk dunia Fast & Furious dengan membawa aksi merentasi dunia, dari Los Angeles ke London dan dari tanah toksik yang ditinggalkan, Chernobyl ke tanah yang sangat indah, Samoa. Diarah oleh David Leitch (Deadpool 2) dari skrip oleh penulis Chris Morgan yang telah lama bersama Fast & Furious, filem ini diterbitkan oleh Morgan, Johnson, Statham dan Hiram Garcia. Penerbit eksekutif termasuk Kelly McCormick, Dany Garcia, Steven Chasman, Ethan Smith dan Ainsley Davies.
Penghargaan :
Barisan Pelakon
Dwayne Johnson, Jason Statham, Idris Elba, Vanessa Kirby, and Helen Mirren
Pengarah
David Leitch
Penulis
Chris Morgan
Penerbit
Chris Morgan, Dwayne Johnson, Jason Statham, Hiram Garcia
Penerbit Eksekutif
Dany Garcia, Kelly McCormick, Steven Chasman, Ethan Smith, Ainsley Davies
Bismillahirrahmanirrahim... Pada tarikh yang sama, telah melakar sejarah dalam hidup dimana segala tugas ayah telah diambil alih oleh seorang suami. Dulunya berstatus bujang bertukar menjadi isteri orang. Dimana kehidupan 360 berubah sepenuhnya. Alhamdulillah..
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, Ayat 21)
Perubahan yang dianggap telah dirancang, kerana tarikh pernikahan dan perkahwinan ditetapkan setahun sebelum. Waktu lebih afdal bak kata orang tua-tua adalah pada tarikh cuti sekolah dan selepas raya. Sanak saudara jauh berkumpul di suatu majlis. Meriah. Majlis pertama dalam keluarga.
Enam tahun belayar bersama anak-anak kapal, satu telah pergi dijemput Illahi. Bertiga menempuh pahit manis bersama. Masih bersama belayar dengan kasih sayang yang semakin utuh. Tak perlu hadiah, tak perlu penghargaan. Cukup sekadar ingat mengingati antara satu sama lain. Semoga dilindungi walaupun ombak menggulung tinggi.
# Al-Fatihah buat Amil Safwan Bin Azizul Hafiz dan A Latib Bin Salleh.
Bismillahirrahmanirrahim... Berbaki 136 hari lagi kita akan bertemu tahun 2020. Bersediakah kita? Takut, berdebar, seram, pelbagai rasa terbit dari dalam diri. Azam tahun ini sudah selesai ke belum? ihikss..
Semua orang akan pasang azam di awal tahun, ramai yang akan berusaha dan mencapainya, ada juga yang tak tercapai azam mereka. Bukan tak tercapai, tapi lupa terus! ini penyakit serius yang perlu di atasi. Janji dibuat hari ini, tiga hari kemudian lupa. Ishh sila elakkan penyakit ini.
Lupa itu tak bersalah, yang bersalah bila selalu lupa dan tiada tindakan untuk menghindari lupa itu. Mungkin overload kerja, mungkin juga ambil ringan semua benda. Hanya tuan badan yang mengerti diri sendiri.
Catitan itu penting, kelakar bagi orang lain tapi amat bermakna bagi yang jenis mudah lupa. Usah pertikai orang, lihat diri sendiri di mana silapnya.
Biar susah sekarang tapi senang kemudian, janji semunya berjalan dengan lancar. Tanggapan orang diabaikan. Terus fokus pada matlamat hidup sendiri.
Bismillahirrahmanirrahim... Masih dalam mood berhari raya, Salam Aidil Adha dan mohon ribuan kemaafan jika terlebih terkurang dalam media sosial ni. Kebetulan cuti raya dan cuti sekolah serentak, makanya ramai yang bercuti disamping balik beraya di kampung. Berhati-hati semasa memandu.
09/08/2019 - Mendapat berita sebelah Utara tanah air dilanda Taufan Lekima yang melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Langkawi. Pada waktu itu, kami sekeluarga dalam perjalanan menghala ke Utara. Rumah dikampung turut sama terkena taufan Lekima ni, Alhamdulillah mereka dilindungi dan selamat. Tahun ini beraya ala kadar kerana masih ada keluarga lain yang berduka kerana kehilangan ahli keluarga, mahupun rosak harta benda.
Ujian datang silih berganti, kita harus kuat dan redha akan ujian yang menimpa. Tak perlu mengeluh, tak perlu meratap, tak usah menyalah. Redha, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Taufan Lekima
Ya.. Tak kena sedap bercakap. Kalau dah kena baru boleh bercakap. Berfikiran positif itu perlu. Bila di uji, bertabah. akan datang ganjarannya. InsyaAllah..
Minggu ini sebelah petang hujan berserta angin kuat melanda bahagian Tengah tanah air. Bermula 4 petang hingga ke maghrib baru keadaan kembali reda. Cuba untuk tidak berada diluar bangunan pada waktu ini, sangat bahaya. Kalau terpaksa, semoga kalian dilindungi dan dipermudahkan urusan.