Sweet Dreams (2019)

Assalamualaikum

Putri, diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Image result for drama sweet dream

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Genre : Drama Keluarga Cinta Komedi
Ditulis oleh : Nazri M Annuar
Pengarah : Michael Ong
Pelakon : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee
Lagu Tema : Ilusi - IamNEEta
Episod : 20* episod (*tambahan 4 episod)
Waktu siaran : Isnin - Khamis 10 malam
Saluran Penyiaran : Astro Ria (Slot Megadrama)

* Terlayan cerita ni 2 minggu terakhir. Sofia orang paling menghayati malam tadi siap menangis. Jiwang sangat anak dara ni. Lepas tu kena buat peperiksaan online.

Post a Comment

4 Comments

  1. baru tengok malam td. terus episod last. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha episod last separuh ulangan. huhu

      Delete
  2. dah habis ke drama ni?? tengok episode awal je pastu dah malas nak follow, ingat nak cari novel dia je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam episod Akhir. Sofia minat sangat.. hehe

      Delete