Hai semua. Happy Dewali semua. Happy holiday. Anak-anak pun cuti sekolah, apa aktiviti anda dan anak-anak dirumah hari ini? Ada yang meluangkan masa beriadah dengan anak-anak, ada yang berkebun dengan anak-anak, seronok nya hati anak-anak bila ibu bapa luangkan masa bersama tika cuti sebegini.
Sofia dirumah menghabiskan masa di ruangan dapur dengan ibu dia. Nak berkebun atau cuci kereta, sekarang tengah hujan on off. Aktiviti kami dua beranak di dapur adalah memasak!
Sofia panggil Kopia supering. Puas sudah dibetulkan sebutan kopia kepada popia. Akhirnya kopia yang dapat nama. Hari ini Shu bagi satu task kepada beliau dengan memotong, mengasing kulit-kulit popia dan sadurkan popia yang telah digoreng dan ditoskan dengan serbuk supering.
Walaupun dapur bersepah dengan popia dan serbuk supering ni, tapi puas hati Sofia dapatkan siapkan task dengan jayanya. Haa tepuk tangan. Terlebih sadur popia dengan serbuk supering kali ini, sebab cef lain.
Kebetulan selesai kemas dapur, sedang berehat di ruang tamu. Nenek Semenyih datang bertandang, jadi Sofia hidangkan nenek Semenyih dengan Kopia Supering beliau. Diberi sebalang Kopia Supering dengan nenek Semenyih untuk dihabiskan. hihi
alahai.. comelnya nama dia.. kopia.. hehehe..
ReplyDeletebagus juga aktiviti yang Shu buat ini..
terima kasih kak Sha, nak keluar rumah hujan sekarang ni
DeleteKopia air tangan Sofia..alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih kak PC
Deleteni feveret mama ni. kalau dah makan x leh berhenti
ReplyDeleteiya kak, dua hari dah settle benda ni kami makan. hehehe
Deletecomel je sebut kopia .. hehehe
ReplyDelete