Assalamualaikum ♥
Orang cakap kena belajar terima kenyataan dan sebarang perubahan kalau nak berjaya. Itulah yang selalu dipegang setiap kali ada perubahan dalam kerjaya. Dari 11/2010 hingga hari ini (14/11/19), baru merasa tiga orang boss iaitu dua kali bertukar kerja. Pernah merasa bekerja dibawah arahan mat salleh (7tahun) , Cina (4bulan) dan Melayu (sehingga sekarang). Ok ni bukan post racist.
Mulai esok 15/11/19, kita akan terima boss baru, perubahan persekitaran bekerja pun akan bermula esok. Kalau nak buat perbandingan, ofkos akan suka dengan suasana boss lama sebab dari awal hingga sekarang terima arahan beliau sebaiknya. Dalam tegas bekerja, habis waktu kerja masuk air kemain. Past is past, semoga ada rezeki untuk bekerjasama dengan boss lama dimasa hadapan. Wei, masih mengharap kalau dapat bekerjasama dengan boss lama.
Bila orang bawahan membawang, tahulah macam mana rupanya, boss ni macam ni, boss ni macam tu. Iols yang tak pernah bekerja dibawah beliau pula kecut perut menunggu esok hari.
Seminggu ni habis satu pejabat kemurungan selepas terima perkabaran ini. Menghargai kerja-kerja yang terakhir untuk disematkan sebagai kenangan. Takpa-takpa semoga selamat semuanya. hiks..
perkara biasa..
ReplyDeleteinilah lumrah kehidupan orang bekerja..
ada bos yang macam-macam..
amanah dan tugas mereka bukan sedikit tu
sehari dua terasa janggalnya. lama-lama okay lah tu
Deletesinggah sini..rupanya kite da follow lama da..hahah mesti tak perasan
ReplyDeleteWell untuk boss baru harap semuanya akan okay. Sama macam AD,selalu bertukar boss..kena ambik masa untuk biasakan diri.
terima kasih AD, tengah membiasakan diri.. hee
DeletePernah mengalami situasi yang sama juga. Memang agak kemurungan menunggu boss baru masuk. Apa2 pun semoga semua berjalan lancar :) #BW
ReplyDeleteAamiin. terima kasih...
Deletetak cuba tak tahu.
ReplyDeletemasa di office lama pun bila ammi ditugaskan utk jaga seorang lady boss ni.. everybody was like giving me negative infos. "dia gitu, dia gini".
tp bila ammi kerja dengan dia..she's ok. We can joke, we go out for lunch together. cuma dia seorang yang perfectionist tu the max levellah. Ammi ok je.
kita pun kenalah ibarat masuk kandang kambing mengembek. Jangan buat kepala sendiri.
harini baru merasa boss baru dgn suasana lain, presentation dah lain.
Deletesemoga baik2 saja. sisyat pun setiap 3 tahun pasti akan berubah bos. hehe
ReplyDeletetak kte dipindahkan, bos yang dipindahkan.. lumrah kerja..hehe
sronoknya dapat bertukar-tukar bos mcm tu..
DeleteBiaslaah Sana sini mmg Ada grupmembawang ni
ReplyDeleteada kak, hahaha yang kelakar membawang pastu boss datang kemain krikk krikk
Delete