Drama | I'm Not A Robot (2017)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Yoo Seung Ho as Kim Min Kyu, Chae Soo Bin as Jo Ji Ah | Aji-3, Uhm Ki Joon as Hong Baek Gyun
Negara: Korea
Episod: 32

Episod yang agak banyak untuk kami habiskan. Namun disebabkan jalan cerita yang melucukan tanpa sedar sudah habis 32 episod. hehe

Drama ini mengenai seorang pemegang saham terbesar didalam sebuah syarikat kewangan, Kim Min Kyu. Sayang seribu kali sayang, kehidupannya lebih terarah kesunyian apabila terpaksa memencil diri dari orang sekeliling kerana mengalami "alergik manusia", sekiranya tersentuh kulit manusia, Min Kyu ini akan berubah menjadi sesuatu yang amat seram.

Jo Ji Ah seorang wanita yang telah diinspirasikan menjadi sebuah robot Aji-3. Bekas kekasih Ji Ah, Prof Baek Gyun mencipta robot ini. Kiranya Ji Ah ni mangsa keadaan lah. hehe



Baek Gyun ingin menguji Aji-3 sebelum diserahkan kepada pelanggannya dan terdapat kerosakan pada bateri Aji-3. Dalam kekalutan ini, Baek Gyun meminta Ji Ah mengganti robot Aji-3 dan berpura-pura menjadi robot sementara kerosakan Aji-3 itu dapat diatasi. Disebabkan Min Kyun tidak alergik kepada sentuhan Ji Ah, makanya Min Kyun tidak sedar bahawa Ji Ah adalah manusia biasa. Semua ini terpaksa kerana Baek Gyun ingin mendapatkan dana dari Min Kyun berkenaan projeknya ini.



Sepanjang Ji Ah berlakon menjadi Aji-3, banyak kejadian lucu berlaku. Semasa sesi pengenalan, Ji Ah memperkenalkan diri, sekali terperanjat apabila mendapati dirinya berdepan dengan lelaki yang pernah dia temui sebelum ini.

Robot boleh kentut, cuba bayangkan Min Kyun tu pelik bunyi kentut yang datangnya dari mana padahal dia dengan robot saja pada waktu itu, nak tanak terpaksa mengaku diri sendiri yang kentut tanpa sedar. hahaah



Dipenghujung cerita, Min Kyun jatuh cinta terhadap Ji Ah, dan mendapati bahawa Ji Ah bukannya robot Aji-3. Kesudahan yang semestinya romantik lah. Hohoho

Terima kasih,

Post a comment

6 Comments