Drama | Oh My Venus (2015)

Assalamualaikum 


Watak Utama: So Ji Sub as Kim Yeong Ho / John Kim, Shin Min Ah as Kang Joo Eun, Yoo In Young as Oh Soo Jin, Jung Gyu Woon as Im Woo Shik.
Negara: Korea
Episod: 16

Joo Eun, seorang gadis yang pernah popular serta menjadi rebutan disekolahnya dahulu dan sekarang seorang peguam yang mempunyai berat badan berlebihan. Manakala Young Ho seorang pelatih selebriti dikenali sebagai John Kim, terperangkap dalam skandal bersama selebriti. Mereka bertemu didalam sebuah pesawat dalam perjalanan ke Korea.

Joo Eun memulakan latihan bersama Ji Woong yang menyamar sebagai John Kim. Namun latihan yang berat diberikan kepada Joo Eun membuatkan Young Ho bimbang akan keadaannya. Joo Eun memiliki suatu penyakit dimana dia tidak boleh terlalu menekan dirinya. Akhirnya disebabkan rasa bersalah, Young Ho mendedahkan dirinya yang sebenar.


Latihan sebenar berlangsung, Joo Eun dilatih oleh Young Ho dan dua orang pembantunya, Ji Woong dan Joon Sung. Sebagai menghargai penat lelahnya, mereka bertiga telah memberi kebebasan kepada Joo Eun dalam melakukan apa saja. Termasuklah makan!


Berlaku suatu kejadian dimana Young Ho terpaksa menceburi bidang korporat ini. Perasmian pengarah eksekutif baru berjalan dengan lancar, dan Young Ho terlalu sibuk dalam jawatan barunya. Namun masih sempat meluangkan masa bersama Joo Eun.

Nenek Young Ho bersetuju kahwinkan Young Ho dan Joo Eun. Di akhir cerita, Joo Eun kembali seperti sebelum ini kerana tengah hamil. Masak lah Young Ho nak kuruskan semula wifenya lepas ni.


Watak Young Ho yang dimainkan oleh So Ji Sub sangat kami suka, sebabnya susah nak cari lelaki yang macam ni. Kebanyakkan watak yang ada lelaki kaya angkuh dan materialistik. Tak kurang juga Shin Min Ah yang berjaya membawa watak Joo Eun yang cantik dan comel berlesung pipit tu.

Watak Soo Jin yang jahat, kenalah dengan pelakon You In Young. Watak sampingan yang menarik dibawa oleh Henry Lau sebagai Ji Woong dan Sung Hoon sebagai Joon Sung sangat menjadi.

Terima kasih.

6 comments: