29 January 2020

Drama | My Girlfriend is a Gumiho (2010)

Assalamualaikum 


Watak Utama: Lee Seung Gi as Cha Dae Wung, Shin Min Ah as Gumiho, Noh Min Woo as Park Dong Joo
Negara: Korea
Episod: 16

Drama ini berkisar mengenai kisah rubah berekor sembilan iaitu Gumiho bersama seorang lelaki, Cha Dae Wung dalam misi untuk menjadi manusia. Kisah bermula apabila Cha Dae Wung melarikan diri dari datuknya, dan secara tak sengaja telah membebaskan Gumiho yang telah terperangkap didalam lukisan selama 500 tahun.

Gumiho menyerupai wanita yang sangat cantik. Dae Wung terkejut melihat Gumiho dan melarikan diri sehingga terlibat dalam kecelakaan. Namun dia telah diselamatkan oleh Gumiho dengan bantuan "bead" dan berkongsi kuasa mistik Gumiho itu. Walaupun parut di badan Dae Wung menunjukkan kecederaan serius, namun Dae Wung masih dalam keadaan baik.


Disebabkan "bead" masih didalam badan Dae Wung, Gumiho selalu mengikut Dae Wung. Ini telah membuatkan mereka makin rapat. Gumiho suka makan daging, Dae Wung pula terpaksa mencari duit untuk membeli daging. Kalau tak beli, mahu Gumiho ni makan Dae Wung. Dae Wung ni anak keluarga kaya, tetapi segala kad kredit disekat oleh datuknya disebabkan kes dia larikan diri haritu.

Pertemuan Gumiho dengan Pak Dong Joo yang hendak menolong Gumiho menjadi manusia dengan syarat "bead" perlu berada didalam badan Dae Wung sehingga 100 hari. Gumiho meminta Dae Wung membantunya untuk menjadi manusia. Mereka telah merancang dengan baiknya. Rupanya ada sebab Dong Joo menolong couple ni.


Dalam tempoh 100 hari itu, masing-masing telah jatuh cinta. Pelbagai kejadian berlaku sepanjang tempoh 100 hari. Di hari terakhir, Gumiho dan Dae Wung berdating untuk dijadikan memori terindah mereka. Sehingga ke akhirnya, Gumiho hilang dipandangan Dae Wung.

Setelah lama menunggu, akhirnya Gumiho muncul kembali dalam keadaan manusia biasa tanpa kuasa mistiknya. Berbaloi lah menunggu sekian lama Gumiho ini muncul.


Terima kasih.

6 comments: