22 February 2020

Wanted: A New Blog List for March-July 2020

Assalamualaikum 


Syarat penyertaan di 
https://moonroha.blogspot.com/2020/02/wanted-new-blog-list-for-mac-july-2020.html

Tarikh tutup penyertaan adalah 28 Feb 2020

Favourite food shu adalah Tom Yam & Sup. Setiap kali keluar makan, suami sudah tau, mesti kena order tom yam ataupun sup. Di rumah pula, setiap kali beli kaki ayam, pasti tom yam yang shu buat.

17 February 2020

Alisya Sofia Turn 5, Alhamdulillah

Assalamualaikum 


Alhamdulillah, hari adalah ulangtahun kelahiran ke-lima buat anak sulung shu, Sofia. Ibu doakan anak ibu menjadi anak yang solehah, disegani dan dihormati oleh semua orang dimanapun berada.

Teringat lima tahun lepas, tiga bulan pertama langsung takda tanda morning sickness. Hinggalah demam panas melampau, baru sedar kehadiran anak dara ibu ni. Dalam perut takda banyak ragam. Alhamdulillah.. baik di dalam perut macam sekarang. Mulut je macam bertih jagung.

17/02/15, seawal 4pagi air ketuban keluar bersama sedikit darah, pada mulanya fikir positif, pergi toilet melepaskan hajat. Alhamdulillah semuanya terpelihara, hinggalah waktu makan nasi tengah hari tu, perut mulai rasa memulas tapi air ketuban berhenti keluar. Pagi tu keluar sikit saja.

Dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, singgah beli cendol di Pantai Johor sebab nak makan! ok mak dan maknjang belikan. kami teruskan perjalanan ke hospital dengan berkain batik. Sampai hospital pada jam 4petang, turun dari kereta air ketuban turun banyak tapi perut rasa tak selesa saja. ok berjalan ke dewan bersalin.

Sampai dewan bersalin, terus check bukaan baru 3cm, shu diminta untuk tunggu sekejap. Dalam 15 minit check semula bukaan sudah 6cm kalau tak silap, kena tukar uniform pink dan bersalam minta ampun dengan mak, maknjang dan Jijoi. Masa tu ayah tak ikut sekali. Shu di tolak masuk dewan bersalin. Eh! bilik bersalin. Dalam bilik bersalin tu, hanya ada Shu dan Jijoi. Lelaki biasalah, mula-mula suruh kita bertahan setiap kali contractions. heee

Alhamdulillah.. Jam 8.19malam keluarlah Sofia ke dunia ini dengan keberatan 4.04kg, normal. Cuma ibu lah biru muka sampai ayah hang kesian dekat ibu. hoho masa tu si ayah sudah insoflah untuk anak kedua.

Memandangkan cucu sulung sebelah Shu, dan jarak dengan sepupu yang lain 7tahun, sepanjang berpantang di kampung, bergotong royong masing-masing datang memberi tunjuk ajar dan membantu apa yang patut. Shu bersyukur, Allah S.W.T. permudahkan segala urusan dalam membesarkan Sofia.

Semoga Sofia membesar dengan baik..

09 February 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Assalamualaikum 

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.



Giveaway Wang Tunai Mamapipie




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Tag :
http://www.adianiez.com/
https://ematunz.blogspot.com/
http://belogcheqpimana.blogspot.com/
https://sayasukala.blogspot.com/

Drama | Hyde, Jekyll, Me (2015)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Hyun Bin as Goo Seo Jin/Robin, Han Ji Min as Jang Ha Na, Sung Joon as Yoon Tae Joo, Hyeri as Min Woo Jung
Negara: Korea Selatan
Episod: 20

Goo Seo Jin mewarisi perniagaan dari keluarganya, tetapi kejadian trauma di zaman kanak-kanaknya mengakibatkan Seo Jin mempunya personaliti yang berlainan - satu adalah seorang lelaki yang dingin dan kejam, manakala yang lain adalah bertentangan, baik dan lembut.

Seo Jin mahu menamatkan pertunjukan sarkas di Wonder Land berikutan jualan tiket yang rendah dan kos overhead yang tinggi. Jang Ha Na tuan sarkas itu menegaskan untuk menyelamatkan sarkas itu.



Pertemuan Seo Jin dan Ha Na, membuatkan Robin personaliti dalam diri Seo Jin keluar setelah lebih lima tahun terkubur.



Dalam usaha untuk mempertahankan sarkasnya, Ha Na mulai tertarik pada Robin. Dan mereka sebenarnya pernah bertemu di masa zaman kanak-kanak dahulu. Ha Na yang pada mulanya pelik, mulai menerima Robin dan Seo Jin.



Tempat rahsia yang selalu Seo Jin dan Robin gunakan sekiranya mereka bertukar personaliti. Mereka berhubung menggunakan rakaman, dan ditonton oleh personaliti yang lain.

Seo Jin menerima Robin sebahagian dari dirinya, manakala Robin masih struggles dengan identitinya sendiri. Ha Na nak tolong Seo Jin dan Robin, tetapi si Robin tanak sebab dia tanak kongsi Ha Na dengan orang lain. Disebabkan itu, Robin menghadapi masalah.



Siapa sangka, zaman kanak-kanak masih menghantui nya. Rupanya Doktor Yoon, berdendam dengan Seo Jin/ Robin. Banyak usaha yang dilakukannya dalam memusnahkan personaliti Robin dan membuatkan personaliti ketiga buat Seo Jin ni. Pening juga cerita ni.



Director Ryu bagaimanapun cuba untuk mendedahkan siapa Seo Jin dan Robin dalam kata lain untuk mengukuhkan kedudukan dia sendiri sebagai CEO Wonder Group. Di akhir cerita, personaliti Seo Jin dan Robin menjadi orang yang sama.

Sekian terima kasih,

07 February 2020

Drama | Suspicious Partner (2017)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Ji Chang Wook as Noh Ji Wook, Nam Ji Hyun as Eun Bong Hee, Choi Tae Joon as Ji Eun Hyuk, Nara as Cha Yoo Jung.
Negara: Korea Selatan
Episod: 20

Noh Ji Wook seorang pendakwa raya yang hensem dan berkebolehan. Eun Bong Hee seorang pendakwa raya pelatih, dan merupakan bekas jurulatih taekwando. Bong Hee ditugaskan untuk berada dibawah selia Ji Wook, dan mereka bekerjasama dalam satu kes misteri pembunuhan.





Pertemuan mereka didalam kereta api secara tak sengaja menjadi titik permulaan perhubungan antara ketua dan anak buah. Dituduh lelaki miang didalam keramaian membuatkan Ji Wook terasa dimalukan dengan teruk.



Dalam menyelesaikan kes ini, makanya terpikat lah mereka.



Sebenarnya JCW ni shu baru kenal, dan dalam drama ni dia memainkan peranan agak menarik bersama NJH.

Sekian terima kasih,


Beeha Mencari Bloglist Baru

Assalamualaikum 
 


 Syarat Penyertaan :
https://beehaazman19.blogspot.com/2020/01/beeha-mencari-bloglist-baru-tahun-2020.html

Tarik tutup penyertaan adalah 18 February 2020

02 February 2020

Lapan Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

Assalamualaikum 

See the source image

Sejak penghujung tahun 2019, shu melancarkan program menonton drama Korea. Jijoi bahasakan "citer koyak", kurang hasam betul. Berbekalkan langganan netflix, tanpa rasa bersalah, terus menonton citer joyak ni.

Semoga teman-teman semua senantiasa dilindungi dan dijauhkan dari segala penyakit yang tengah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Sahabat. Seribu orang kawan belum tentu samanya dengan seorang sahabat. Betapa susahnya mencari seorang sahabat berbanding kawan. Tinggi nilainya. Bersyukur sekiranya kira punyai sahabat sekurang-kurangnya seorang.

Ketika kita senang, tak mustahil kita punyai ramai kawan. Tika susah, disitulah kita akan menjumpai sahabat sebenar.

Lapan Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

  1. Berkawanlah dengan ikhlas kerana Allah S.W.T ; apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah, kita dapat terima kelebihan dan kekurangannya.
  2. Jangan menjadi api ; setiap perhubungan pasti ada pergaduhan.  Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. 
  3. Tanam sifat saling percaya ; seperti perhubungan yang lain, tanamlah sifat saling percaya antara kita.
  4. Sentiasa berbincang ; ketika berlaku salah faham, berjumpa dan berbincang, dari terus menjatuhkan 'hukuman'.
  5. Carilah orang tengah yang mampu membantu ; jika berlaki salah faham, carilah orang tengah yang boleh membantu. Tapi berhati-hati dalam mencari takut tersalah orang pula, dan menjadikan masalah bertambah teruk.
  6. Luangkan masa bersama ; bukan hubungan suami isteri saja perlu luangkan masa bersama pasangan, sekadar dua minggu sekali berjumpa di kedai kopi sambil berborak sudah memadai.
  7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya ; manusia semua tak sempurna, begitulah diri kita sendiri, terima dengan seadaanya maka amanlah hidup kita.
  8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang ; kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.
Hidup ini terlalu sunyi tanpa seorang sahabat. 

Tetapi kadang-kadang sahabat juga boleh menikam kita dari belakang. 

Drama | Vagabond (2019)

Assalamualaikum 


Watak Utama: Lee Seung Gi as Cha Dal Gun, Bae Suzy as Go Hae Ri / "Elsa", Shin Sung Rok as Gi Tae Woong
Negara: Korea Selatan
Episod: 16 

Mengisahkan seorang bapa saudara, Cha Dal Gun yang kematian anak buah, Cha Hoon dalam satu kemalangan melibatkan pesawat yang mengorbankan lebih 200 orang, dia merasakan terdapat konspirasi disebalik kemalangan ini berikutan video yang diupload oleh Hoo sebelum nahas.

Manakala, Go Hae Ri seorang gadis yang merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ingin hidup seperti orang biasa, namun berakhir dengan menjadi ahli pasukan ajen perisikan negara (NIS). Menyimpan perasaan terhadap ketuanya Gi Tae Woong.


Dalam perjalanan merungkai kejadian sebenar yang berlaku terhadap nahas pesawat itu, Dal Gun bersama Hae Ri terpaksa menghadapi pelbagai kejadian luar biasa yang membawa mereka kepada pasukan NIS. Mereka menjumpai juru terbang yang berkomplot dalam nahas kapal terbang, Kim Woo Gi. 


Di NIS, ada segelintir ajen NIS yang menjadi pembelot bersama kumpulannya. Usaha mereka untuk membawa Woo Gi ke muka pengadilan akhirnya berjaya dengan bantuan NIS yang lain. 

Rupanya mastermind dalam segala konspirasi ini adalah Edward Park @ Park Gi Pyo pengarah Dynamic yang pada mulanya bertindak baik dalam menolong Dal Gun dan Hae Ri ini. Siapa sangka kan?


Terima kasih,

01 February 2020

Drama | Cinderella and the Four Knights (2016)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Park So Dam as Eun Ha Won, Jung Il Woo as Kang Ji Woon / Han Ji Woon, Ahn Jae Hyun as Kang Hyun Min, Lee Jung Shin as Kang Seo Woo, Choi Min Sung as Lee Yoon Sung
Negara: Korea
Episod: 16

Cerita dimana seorang budak perempuan bernama Eun Ha Won yang tidak mendapat perhatian dari ayah kandung serta ibu dan adik tiri, bercita-cita menjadi seorang guru. Dalam mengejar cita-citanya, Ha Won bekerja separuh masa demi mengumpul duit tu membayar yuran pengajiannya. Dalam keterujaanya, Ha Won masih berjaya mengekalkan keperibadiannya.

Manakala, terdapat tiga sepupu yang hancur yang tinggal bersama datuk mereka. Kang Ji Woon, seorang yang sukar diramalkan, lebih suka bersendirian dan hidup berjauhan dari keluarga sendiri. Telah kematian ibu dan ayah. Menukar nama kepada Han Ji Woon dan tinggal diluar. Kang Hyun Min, paling tua antara mereka bertiga, seorang lelaki kasanova dan Kang Seo Woo, paling muda dan seorang pemuzik. Hyun Min dan Seo Woo masih mempunyai ibu masing-masing.



Cerita bermula apabila datuk tiga sepupu ini meminta mereka untuk menghadiri ulangtahun perkahwinannya yang ke-limanya. Hyun Min telah menyewa Ha Won untuk ke majlis tersebut, bertambah kabut apabila datuknya dapat melihat Ha Won bersikap tidak sopan terhadap Hyun Min dan memutuskan untuk sewa Ho Won sekali lagi dalam menyatukan keluarganya itu.



Lama-kelamaan keluarga ini bersatu dengan tiga sepupu yang mempunyai pelbagai karakter. Atas bantuan Yun Soong, pembantu datuk mereka semua berjalan dengan lancar. Ji Woon yang suka bersendirian, terperangkap juga dalam kisah cinta tiga segi antaranya, Ha Won dan Hyun Min. Bagaimana mereka mengedalikan kisah cinta ini, menjadikan jalan cerita bertambah menarik.



Sebenarnya, Hyun Min mempunya kekasih hati dari kecil iaitu Park Hye Ji. Biasalah playboy mana nak perasan semua ini. Cuma watak Hye Ji ini terlalu tergantung sikit.





Kami suka watak yang dibawa oleh Ha Won, seorang budak perempuan yang berdikari dan matang.

Terima kasih,