17 February 2020

Alisya Sofia Turn 5, Alhamdulillah

Assalamualaikum 


Alhamdulillah, hari adalah ulangtahun kelahiran ke-lima buat anak sulung shu, Sofia. Ibu doakan anak ibu menjadi anak yang solehah, disegani dan dihormati oleh semua orang dimanapun berada.

Teringat lima tahun lepas, tiga bulan pertama langsung takda tanda morning sickness. Hinggalah demam panas melampau, baru sedar kehadiran anak dara ibu ni. Dalam perut takda banyak ragam. Alhamdulillah.. baik di dalam perut macam sekarang. Mulut je macam bertih jagung.

17/02/15, seawal 4pagi air ketuban keluar bersama sedikit darah, pada mulanya fikir positif, pergi toilet melepaskan hajat. Alhamdulillah semuanya terpelihara, hinggalah waktu makan nasi tengah hari tu, perut mulai rasa memulas tapi air ketuban berhenti keluar. Pagi tu keluar sikit saja.

Dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, singgah beli cendol di Pantai Johor sebab nak makan! ok mak dan maknjang belikan. kami teruskan perjalanan ke hospital dengan berkain batik. Sampai hospital pada jam 4petang, turun dari kereta air ketuban turun banyak tapi perut rasa tak selesa saja. ok berjalan ke dewan bersalin.

Sampai dewan bersalin, terus check bukaan baru 3cm, shu diminta untuk tunggu sekejap. Dalam 15 minit check semula bukaan sudah 6cm kalau tak silap, kena tukar uniform pink dan bersalam minta ampun dengan mak, maknjang dan Jijoi. Masa tu ayah tak ikut sekali. Shu di tolak masuk dewan bersalin. Eh! bilik bersalin. Dalam bilik bersalin tu, hanya ada Shu dan Jijoi. Lelaki biasalah, mula-mula suruh kita bertahan setiap kali contractions. heee

Alhamdulillah.. Jam 8.19malam keluarlah Sofia ke dunia ini dengan keberatan 4.04kg, normal. Cuma ibu lah biru muka sampai ayah hang kesian dekat ibu. hoho masa tu si ayah sudah insoflah untuk anak kedua.

Memandangkan cucu sulung sebelah Shu, dan jarak dengan sepupu yang lain 7tahun, sepanjang berpantang di kampung, bergotong royong masing-masing datang memberi tunjuk ajar dan membantu apa yang patut. Shu bersyukur, Allah S.W.T. permudahkan segala urusan dalam membesarkan Sofia.

Semoga Sofia membesar dengan baik..

16 comments:

  1. Hb Alisya
    Mudah2an jadi anak solehah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah selamat hari lahir alisya sofia ^_^

    ReplyDelete
  3. Lima tahun dah.Alhamdulillah.Moga menjadi saham akhirat ibu ayah ya Sofia.

    ReplyDelete
  4. wahhh 4.04kg normal? hebatnya ibuuuuu! =')

    happy birthday utk sofia.. semoga menjadi anak yg solehah..

    ank sy pon nama sofia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. tk ..

      Allahu.. separuh nyawa dah masa tu.

      Delete
  5. Happy belated birthday Sofia..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...
    Happy birthday girl...

    ........
    anda di tag
    https://hatinufid.blogspot.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

    ReplyDelete
  7. Hepy blated bday sofia.. semoga menjadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  8. Hepy belated bday sofia.. cerita bersalin kita hampir sama lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK. Alhamdulillah.. kita dapat merasa pengalaman yang hampir sama :)

      Delete