01 February 2020

Drama | Cinderella and the Four Knights (2016)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Park So Dam as Eun Ha Won, Jung Il Woo as Kang Ji Woon / Han Ji Woon, Ahn Jae Hyun as Kang Hyun Min, Lee Jung Shin as Kang Seo Woo, Choi Min Sung as Lee Yoon Sung
Negara: Korea
Episod: 16

Cerita dimana seorang budak perempuan bernama Eun Ha Won yang tidak mendapat perhatian dari ayah kandung serta ibu dan adik tiri, bercita-cita menjadi seorang guru. Dalam mengejar cita-citanya, Ha Won bekerja separuh masa demi mengumpul duit tu membayar yuran pengajiannya. Dalam keterujaanya, Ha Won masih berjaya mengekalkan keperibadiannya.

Manakala, terdapat tiga sepupu yang hancur yang tinggal bersama datuk mereka. Kang Ji Woon, seorang yang sukar diramalkan, lebih suka bersendirian dan hidup berjauhan dari keluarga sendiri. Telah kematian ibu dan ayah. Menukar nama kepada Han Ji Woon dan tinggal diluar. Kang Hyun Min, paling tua antara mereka bertiga, seorang lelaki kasanova dan Kang Seo Woo, paling muda dan seorang pemuzik. Hyun Min dan Seo Woo masih mempunyai ibu masing-masing.



Cerita bermula apabila datuk tiga sepupu ini meminta mereka untuk menghadiri ulangtahun perkahwinannya yang ke-limanya. Hyun Min telah menyewa Ha Won untuk ke majlis tersebut, bertambah kabut apabila datuknya dapat melihat Ha Won bersikap tidak sopan terhadap Hyun Min dan memutuskan untuk sewa Ho Won sekali lagi dalam menyatukan keluarganya itu.



Lama-kelamaan keluarga ini bersatu dengan tiga sepupu yang mempunyai pelbagai karakter. Atas bantuan Yun Soong, pembantu datuk mereka semua berjalan dengan lancar. Ji Woon yang suka bersendirian, terperangkap juga dalam kisah cinta tiga segi antaranya, Ha Won dan Hyun Min. Bagaimana mereka mengedalikan kisah cinta ini, menjadikan jalan cerita bertambah menarik.



Sebenarnya, Hyun Min mempunya kekasih hati dari kecil iaitu Park Hye Ji. Biasalah playboy mana nak perasan semua ini. Cuma watak Hye Ji ini terlalu tergantung sikit.





Kami suka watak yang dibawa oleh Ha Won, seorang budak perempuan yang berdikari dan matang.

Terima kasih,

8 comments:

  1. Best jugak cuma agak slow jalan cerita nya 😅

    ReplyDelete
  2. Kiranya ada task jugalah untuk menyatukan tiga individu ni..hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kak.. task berbayarlah.. tapi comel

      Delete
  3. tengok dah !!!! sebab suka Jung Il Woo hhaha..
    time ni Naeun nampak extra chubby skrng makin comey dia hehe..

    ReplyDelete