Drama | Hyde, Jekyll, Me (2015)

Assalamualaikum 



Watak Utama: Hyun Bin as Goo Seo Jin/Robin, Han Ji Min as Jang Ha Na, Sung Joon as Yoon Tae Joo, Hyeri as Min Woo Jung
Negara: Korea Selatan
Episod: 20

Goo Seo Jin mewarisi perniagaan dari keluarganya, tetapi kejadian trauma di zaman kanak-kanaknya mengakibatkan Seo Jin mempunya personaliti yang berlainan - satu adalah seorang lelaki yang dingin dan kejam, manakala yang lain adalah bertentangan, baik dan lembut.

Seo Jin mahu menamatkan pertunjukan sarkas di Wonder Land berikutan jualan tiket yang rendah dan kos overhead yang tinggi. Jang Ha Na tuan sarkas itu menegaskan untuk menyelamatkan sarkas itu.



Pertemuan Seo Jin dan Ha Na, membuatkan Robin personaliti dalam diri Seo Jin keluar setelah lebih lima tahun terkubur.



Dalam usaha untuk mempertahankan sarkasnya, Ha Na mulai tertarik pada Robin. Dan mereka sebenarnya pernah bertemu di masa zaman kanak-kanak dahulu. Ha Na yang pada mulanya pelik, mulai menerima Robin dan Seo Jin.



Tempat rahsia yang selalu Seo Jin dan Robin gunakan sekiranya mereka bertukar personaliti. Mereka berhubung menggunakan rakaman, dan ditonton oleh personaliti yang lain.

Seo Jin menerima Robin sebahagian dari dirinya, manakala Robin masih struggles dengan identitinya sendiri. Ha Na nak tolong Seo Jin dan Robin, tetapi si Robin tanak sebab dia tanak kongsi Ha Na dengan orang lain. Disebabkan itu, Robin menghadapi masalah.



Siapa sangka, zaman kanak-kanak masih menghantui nya. Rupanya Doktor Yoon, berdendam dengan Seo Jin/ Robin. Banyak usaha yang dilakukannya dalam memusnahkan personaliti Robin dan membuatkan personaliti ketiga buat Seo Jin ni. Pening juga cerita ni.



Director Ryu bagaimanapun cuba untuk mendedahkan siapa Seo Jin dan Robin dalam kata lain untuk mengukuhkan kedudukan dia sendiri sebagai CEO Wonder Group. Di akhir cerita, personaliti Seo Jin dan Robin menjadi orang yang sama.

Sekian terima kasih,

5 comments:

  1. Bila baca terasa nak tgk je cite ni

    ReplyDelete
  2. Suka drama split personaliti macam nie.. Sha dah tonton drama ini.. memang best..

    ReplyDelete
  3. antara drama yang diulang tengok untuk tempoh PKP ni. Haha

    ReplyDelete