Lapan Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

Assalamualaikum 

See the source image

Sejak penghujung tahun 2019, shu melancarkan program menonton drama Korea. Jijoi bahasakan "citer koyak", kurang hasam betul. Berbekalkan langganan netflix, tanpa rasa bersalah, terus menonton citer joyak ni.

Semoga teman-teman semua senantiasa dilindungi dan dijauhkan dari segala penyakit yang tengah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Sahabat. Seribu orang kawan belum tentu samanya dengan seorang sahabat. Betapa susahnya mencari seorang sahabat berbanding kawan. Tinggi nilainya. Bersyukur sekiranya kira punyai sahabat sekurang-kurangnya seorang.

Ketika kita senang, tak mustahil kita punyai ramai kawan. Tika susah, disitulah kita akan menjumpai sahabat sebenar.

Lapan Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

  1. Berkawanlah dengan ikhlas kerana Allah S.W.T ; apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah, kita dapat terima kelebihan dan kekurangannya.
  2. Jangan menjadi api ; setiap perhubungan pasti ada pergaduhan.  Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. 
  3. Tanam sifat saling percaya ; seperti perhubungan yang lain, tanamlah sifat saling percaya antara kita.
  4. Sentiasa berbincang ; ketika berlaku salah faham, berjumpa dan berbincang, dari terus menjatuhkan 'hukuman'.
  5. Carilah orang tengah yang mampu membantu ; jika berlaki salah faham, carilah orang tengah yang boleh membantu. Tapi berhati-hati dalam mencari takut tersalah orang pula, dan menjadikan masalah bertambah teruk.
  6. Luangkan masa bersama ; bukan hubungan suami isteri saja perlu luangkan masa bersama pasangan, sekadar dua minggu sekali berjumpa di kedai kopi sambil berborak sudah memadai.
  7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya ; manusia semua tak sempurna, begitulah diri kita sendiri, terima dengan seadaanya maka amanlah hidup kita.
  8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang ; kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.
Hidup ini terlalu sunyi tanpa seorang sahabat. 

Tetapi kadang-kadang sahabat juga boleh menikam kita dari belakang. 

Post a comment

16 Comments

  1. salam perkenalan..betul tu memang susah nak dapat sahabat susah dan senang..btw, nice tips^^
    saya baru nak berjinak2 dalam berbelog..kalau sudi datanglah blog saya ye^^

    https://haziqahadevin.blogspot.com/2020/02/make-gratitude-your-daily-attitude.html

    ReplyDelete
  2. Sunyinya tanpa sahabat, sebab mereka kita jadi kita. ^^

    SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. :)

    ReplyDelete
  3. Susah baru ingat dan kenal kawan itu ramai..

    ReplyDelete
  4. bersahabat adalah benda yang indah dengan syarat semua faham tanggungjawab masing2 menjadi seorang sahabat. dan pilihlah yang bila kita bersamanya.. kita mengingati Allah.. itulah sahabat yang baik =)

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Kawan ni sebagai ganti kepada keluarga. Kalau family takda, kawan ada. Jagalah dengan baik

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam. terima kasih sharing. point nombor 1 tu sangat penting ^_^

    ReplyDelete
  8. Tips persahabatan yang ohsem..

    ReplyDelete