31 March 2020

Segmen Bloglist 2020 Cida

Assalamualaikum 


Segmen ni bertujuan untuk memperbaharui bloglist Shu yang sudah lama terbiar. Tanak banyak cakap, syaratnya seperti dibawah :

Syarat Penyertaan :
  1. Follow blog ini.
  2. Update entri bertajuk "Segmen Bloglist 2020 Cida".
  3. Tinggalkan link URL di dalam komen di bawah.

Tarikh tutup adalah pada 31/03/2020.

Segmen Bloglist Blogbabyshambles

Assalamualaikum 


Syarat penyertaan di bawah 
http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

Tarikh tutup penyertaan adalah 15/04/2020.

Hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


31/03/2020, Selasa - Bila masing-masing kerja dari rumah, waktu bekerja sangatlah tidak terhad 08:30 hingga 17:30 saja, kadang-kadang malam pun kena buat kerja. As usual, lebih jam 6 petang selalu shu buat keesokkan pagi. Mungkin boss-boss busy meeting, lewat petang baru tengok.. haa agak je lah macam tu. hehehe

Letihnya kerja di rumah, sambil buat kerja lari p memasak, lari basuh baju, lari ke toilet. Paling busy pun lari potong bawang dan sayur sebelum mak mertua masakkan. hehe busy sangatttt..  Letih tu tak letih pun, cuma pelbagai ragam. Perbezaannya kalau di tempat kerja, bermeditasi dalam toilet 30 minit pun boss tau awak dalam toilet. Dirumah takkan nak cakap awak dekat toilet. Belum campur "ibu, ibu cantik tak Sofia color", "ibu, ibu buka tab" "ibu, ibu nak belajar" "ibu, ibu nak mandi". hahaha

Apa yang penting amalkan gaya hidup yang sihat. Selalu cuci tangan dengan sabun, sekiranya takda atau jauh dari air, guna hand sanitizer. Pakai face mask yang surgical mahupun N95 pabila berada diluar kawasan rumah terutama ke tempat kerja. Jaga jarak 1 meter antara satu sama lain. Dan terus mandi sekiranya pulang dari kerja mahupun membeli barang keperluan.


Kes setakat semalam, 30/03/2020 17:30.

30 March 2020

Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


30/03/2020, Isnin - Alhamdulillah.. masih dalam keadaan terkawal. Roti, sangat susah nak jumpa.  Dua minggu ni, baru sekali dapat merasa roti itupun yang plastik hijau. Berdiet kita dibuatnya. 

Bahan mentah seperti ayam dan daging masih ada, ikan sudah kehabisan stok. Sayuran masih terkawal dan mencukupi dalam peti ais. Nak kata panic buying, tidak lah. Mertua jenis asal keluar rumah mesti beli bahan mentah, pastu simpan. Baru-baru ni kami hanya topup mana yang terkurang saja. Yela sebelum ni mereka berdua saja, bila PKP ni anak menantu tinggal bersama jadi capacity sudah bertambah. 

Terima kenyataan dengan redha bahawa PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Hulu Langat antara kawasan tertinggi kes setakat hari ini. KPKD di sesetengah kawasan telah bermula hari ini. Bertambah seram nak masuk kerja. Dengan alasan ada kerja kecemasan baru berani nak masuk kerja, kalau tak memang shu akan #workfromhome

Sofia pula akan ada E-Classroom bermula 1 April ni. Biar dia belajar, kalau tak sambil ibu tengah buat kerja, dia selit nak tengok youtube lah, game lah.

#juststayathome #workfromhome #dudukdirumah 

29 March 2020

Hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


29/03/2020, Ahad - Cukup sudah seminggu bertugas seawal 6.30 pagi setiap hari. Minggu depan giliran orang lain pula. Selamat bertugas kepada rakan-rakan yang terpaksa ke tempat kerja dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Amalkan gaya hidup yang sihat, sentiasa cuci tangan, pakai face mask, dan jaga jarak 1 meter antara yang lain.

28 March 2020

Hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


28/03/2020, Sabtu - Setelah seminggu lebih kita #stayathome mahupun #workfromhome, harini terasa nakkkk sangat keluar naik moto meronda sekitar taman, tapi big NO. Bertahanlah dua minggu lebih saja lagi..

Harini jijoi nak makan ikan kembung masak pindang.

Pindang & Singgang, Menu Lebih Sihat Lepas Raya. - RASA
Bahan-bahan:
4 biji bawang besar merah (dimayang)*
2 hirisan lengkuas*
Halia sebesar Ibu jari (dimayang)*
2 batang serai (dihiris/diketuk)*
4 biji cili merah (ditumbuk kasar)*
Kunyit hidup sebesar ibu jari (dihiris)*
1-2 keping asam keping*
Sedikit belacan*
1 sudu besar serbuk kunyit*
500 ml air*
8 ekor ikan kembung
1 sudu kecil garam
6 biji bendi
2 biji tomato (dibelah 4 setiap biji)
2 ranting daun kesum (kutip belakang rumah)

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan bertanda * ke dalam periuk dan nyalakan api, hingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan ikan kembung, bendi, tomato, dan daun kesum. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan garam dan rasa.
  4. Sedia untuk dihidang.
gambar : google

27 March 2020

Hari ke-10 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


27/03/2020, Jumaat - Situasi terkini Covid-19 di Malaysia.


sumber : Kenyataan Akhbar KPK

Hari ke-9 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


26/03/2020, Khamis - Situasi terkini Covid-19 di Malaysia dan Jumlah kes kematian terkini Covid-19 di Malaysia.



sumber : Kenyataan Akhbar KPK

26 March 2020

Hari ke-8 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


25/03/2020, Rabu - Hari ini jadual kena masuk kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja, kena roadblock. Mereka hanya nak kenalpasti berapa orang dalam kenderaan. Dan sekiranya ditahan untuk spot-check, jangan panic jangan gabra, hanya keluarkan kad pekerja dan surat pelepasan, melainkan mereka minta lesen or ic, bergantung pada pegawai bertugas. Jangan pula bawa keluarga keluarkan kad pekerja, apa jadahnya g keja bawa anak bini.

Dalam pejabat masih pakai face mask, sebab ada satu masa akan sampai 5 hingga 10 orang berkumpul. Elakkan selagi boleh elak. Sebab di rumah mak mertua ada seorang budak 5tahun dan warga mas 90-an

Beli makanan pun keluar awai dari biasa atas arahan bos. Turn shu untuk jadi runner kali ni, beli nasi ayamas. Boleh di makan. Hand sanitizer usah dicakap, lepas pegang barang semuanya di cuci. Balik pejabat sambung cuci dengan air + sabun dettol. Punyalah takut.

Nasi Ayam Percik - Ayamas
Balik rumah terpaksa ke kedai beli barang dapur sikit. Kedai tak ramai orang, masih jaga jarak 1 meter. Balik rumah barang-barang tadi shu letakkan di satu sudut sementara waktu. Sampai rumah perkara pertama shu buat, terus mandi dan cuci baju. Cuci baju berasingan dengan baju yang lain. Dengan Sofia, tak terus borak dengan dia. Malam sikit baru borak.

Bila malam, tengah borak ibu hang terlelap Sofia oi.. hehe sedar sedar budak kecik ni pun dah terlelap.

25 March 2020

Hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


24/03/2020, Selasa - Seminggu sudah kita menjalani PKP, dan diharapkan semuanya baik-baik belaka. Tiada apa-apa aktiviti yang dapat dilakukan melainkan rutin yang sama sebelum ni. Hanya tambahan tonton cerita Korea. hiks

Belum ditimbang berat masing-masing memandangkan semuanya duduk dirumah, makan, tido, makan, tido.


24 March 2020

Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Assalamualaikum 


Syarat penyertaan di
https://redzachannelz.blogspot.com/2020/03/giveaway-teka-harga-stationery-by-redza-channelz.html

Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Mac 2020

Jawapan : RM 25.00 +-

Drama | Love Around (2013)

Assalamualaikum 


Watak Utama : Annie Chen as Liang Xiao Shu, George Hu as Zhou Zhen, Yumi Chiu as Yu Mi, Simon Hsueh as Zhan Mu Shi.
Negara : Taiwan
Episod : 21

Xiao Shu, seorang DJ Radio yang kekasih dia kantoi curang dengan perempuan lain. Dia terjumpa Zhou Zhen, di sini lah mereka saling mengenali. Zhou Zhen sebelum ini kecewa ditinggalkan kekasih, ingin tolong Xiao Shu yang telah kecewa seperti dia. Parent Xiao Shu ni disiplin sikit, kena balik sebelum jam 10 malam.

Zhou Zhen anak gengster pencen. Ayah dia banyak buat kerja baik dan suka dengar satu slot dalam radio yang selalu kecam dia. haha yela DJ anti giler dengan gengster ni, hari-hari ada saja benda buruk yang keudara.

Sebab dah tak tahan, ayahnya buat keputusan untuk membeli station radio ni, tapi Zhou Zhen pulak bekerja di sana sebab nak tolong Xiao Shu hadapi krisis ni, tanpa pengetahuan Xiao Shu bahawa ini agenda ayahnya.


Mereka mula jatuh cinta. Dengan kepercayaan makan gula-gula cinta, pembantu Zhou Zhen termakan gula-gula cinta rakan Xiao Shu. hehe


Keadaan menjadi sulit apabila mereka mengadakan perjumpaan bersama ahli keluarga masing-masing. Rupanya dulu ayah Zhou Zhen ditembak oleh ayah Xiao Shu dan secara tak sengaja melanggar mati abang dia.

Keadaan bertambah teruk apabila ibu Xiao Shu tidak dapat terima kenyataan kematian anaknya tu. Zhao Zhen terpaksa putuskan hubungan mereka berdua sebab tanak Shu tertekan dan mengetahui cerita sebenar.


Akhirnya Xiao Shu ingat semua detik-detik kemalangan itu, dan sedar bahawa ayahnya ada sesuatu yang disembunyi. Semuanya terbongkar, ibunya tak dapat terima kenyataan tu. Akibatnya, ayah Xiao Shu tinggalkan rumah.


Macam-macam telah dilakukan oleh dua kekasih ini untuk satukan kembali ayah dan ibu Xiao Shu. Pengakhiran cerita, di majlis perkahwinan mereka ayah Xiao Shu pun datang sekali. Happy Ending..

Sekian, 

23 March 2020

Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


23 Mac 2020 – Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan 
Hari ke-dua Shu bekerja dari rumah, bertemankan Sofia sambil bermain tab. Sang ayah kena kerja. Disebabkan Shu tinggal dirumah mak mertua sementara waktu ni, makanya siang mak mertua masak, malam adakalanya Shu akan masak.

Langkah-langkah kebersihan masih di amalkan, iaitu kerap basuh tangan, banyak makan sayur dan buah-buahan, serta kerap minum air suam panas. 

Bila pagi mulai terbit matahari, Shu akan ajak Sofia teman sidai baju, berjemur biar gelap sikit. Petang pulak, ajak dia kutip baju. Paling rajin anak dara ni siram pokok sayur dan pokok bunga nenek. Semua aktiviti ni masih dalam pagar rumah nenek.

Beli barang? Tuan rumah akan beli barang, Atok, nenek mahupun Jijoi akan mencari barang keperluan yang habis. Kami dua orang hanya duduk dirumah, makan, dan tidur.

Sofia bila nenek terangkan jarak 1 meter perlu antara mereka berdua, setiap kali nenek dekat dia, dia akan warning neneknya. Bertabahlah ibunya. Nenek dan atok masing-masing umur 60-an dan 90-an. Langkah berjaga-jaga kata neneknya.

22 March 2020

32# Dolgano Coffee Viral

Assalamualaikum 


Sudah tidak asing lagi resepi Dolgano Coffee ni semenjak dua menjak kebelakangan ni. Jom kita cuba.

Bahan-bahan :
3 sudu nescafe
3 sudu gula perang
3 sudu air panas
Ais batu
Susu segar

Cara Penyediaan :
  1. Satukan nescafe, gula perang dan air panas. Pukul bahan-bahan tadi hingga berbuih dan bertanduk. Dalam 7 minit.
  2. Ambil gelas, masukkan ais batu dan tuangkan susu sedar separuh. 
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipukul tadi di atas susu.
  4. Ambil gambar dulu, baru kacau biar sebati. sedap untuk diminum. Kalau tak pahit bak hang..

Hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan - Work from Home

Assalamualaikum 


22/03/2020, Ahad - Pada petang hari ke lima Perintah Kawalan Pergerakan, duduk atas kerusi pun boleh terlelap. Terlalu boring duduk dirumah. Minggu ni, hanya hari Rabu boleh masuk pejabat. Selebihnya bertafakur di rumah bersama Sofia, Jijoi.

Dolgano Coffee in da house! Sedap habaq hangg..

Kebetulan seminggu sebelum PKP ni dikeluarkan, kami sekeluarga memang sudah berpindah sementara ke rumah mak mertua Shu di Semenyih, atas sebab rumah tengah buat minor renovation. Agak jauh berulang alik ke tempat kerja masing-masing.

Pada rakan taulan yang lain, sentiasa kebersihan diri sepanjang musim Covid19 ni. Kerap basuh tangan. Tutup mulut bila bersin.


Drama | That Winter, The Wind Blows (2013)

Assalamualaikum 


Watak Utama : Jo In Sung as Oh Soo, Song Hye Kyo as Oh Young, Kim Bum as Park Jin Sung, Jung Eun Ji as Moon Hee Sun.
Negara : Korea Selatan
Episod : 16

Oh Soo seorang budak yang diabaikan oleh mak dia dan membesar bersama keluarga, Jin Sung. Mereka berdua kaki judi, tapi kaya. Diorang tinggal bersama seorang lagi kawan yang namanya sama Oh Soo.

Nak dijadikan cerita, pada hari adik kawan Seo melawat abangnya, terjumpa Soo ni. dan kawannya itu terlibat dalam kemalangan. Adik dia tak tahu walaupun kejadian berlaku hampir sangat dengannya sebab adik dia buta.


Lepas keluar dari penjara, peguam syarikat PL Group yang dimiliki oleh keluarga kawan dia yang mati tu. Sebab nama sama, peguam pun ingat orang yang sama. Soo yang dalam kesempitan dikejar hutang, terpaksa con akan kewujudannya.

Niat Soo tersasar dari asal bila tinggal sebumbung dengan "adiknya" Oh Young yang buta, mula jatuh cinta pada Young. Disebabkan terpaksa berlakon menjadi "abang", Soo pendam rasa sorang-sorang. hihi



Bila adik yang sudah lama tak berjumpa abang dia, mereka berdua jadi rapat. Entah macam mana identiti Soo yang sebenar diketahui.



Penghujung cerita, kawan baiknya Jin Sung terpaksa membunuh Soo. Selebihnya kena tonton cerita ni.

Sekian,


Drama | Birth of a Beauty (2014)

Assalamualaikum 


Watak Utama : Joo Sang Wook as Han Tae Hee, Han Ye Seul as Sa Ra / Sa Keum Ran, Jung Gyu Wook as Lee Kang Jun, Wang Ji Hye as Gyo Chae Yeon, Ha Jae Sook as Sa Geum Ran(Past)
Negara : Korea Selatan
Episod : 21

Keum Ran sorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh suami, Kang Jun sebab kejar pangkat. Pada masa tu, Keum Ran dalam keadaan serba kekurangan. Kang Jun dan Chae Yeon ada hubungan sulit. Entah macam mana Keum Ran datang ke rumah Kang Jun dan terkantoi mereka curang. Sedih!


Pada masa ini juga, Kang Jun putuskan hubungan perkahwinan mereka. Keum Ran yang bersedih terlibat dalam kemalangan. Paling sedih kemalangan itu dicipta oleh suaminya sendiri, dan secara tak sengaja disaksikan oleh Chae Yeon. Kejam!


Keum Ran terselamat dari kemalangan tu, dan berjumpa dengan Tae Hee. Disinilah berlaku perubahan yang besar dalam hidup Keum Ran.

Tak lama lepas tu, Kang Jun dan Chae Yeon membuat pengumuman mengenai perkahwinan mereka tidak lama lagi. Part ni, geram gila dengan perangai Kang Jun ni. Dia sanggup buat apa saja demi kejar cita-cita dia.

Tae Hee dan Keum Ran plan nak rosakkan perhubungan antara dua merpati sejoli ni, jadi keum Ran menyamar menjadi Sara. Tae Hee pula dalam tolong tu, secara tak sengaja suka Keum Ran ni.

Keum Ran berjaya memusnahkan keluarga bekas suaminya. Horray! Video Keum Ran makan menjadi viral. Part ni kelakar. Dalam mereka untuk pastikan Kang Jun mengaku melakukan pembunuhan tu, Min Hyuk iaitu abang Tae Hee sibuk nak tau latar belakang Sara ni.


Dalam kemelut itu, Min Hyuk ni pedajal nenek dia sendiri sebab takut harta jatuh ke tangan Tae Hee. 
Biasa kemelut berebut harta ni, malas nak ulas panjang. Pung pang pung pang sama je. hehe

Keum Ran ditawarkan jadi model dan dia masuk pertandingan "Birth of Chef". Ni pun macam-macam hal terjadi pada Keum Ran dan Tae Hee sebab Kang Jun dan Chae Yeon nak buktikan siapa sebenarnya Sara ni.

Keselamatan Keum Ran makin merbahaya. Min Hyuk gunakan Keum Ran untuk jatuhkan Tae Hee. Usahanya gagal di penghujung bila Tae Hee dan Keum Ran bersama semula.


Untuk berkahwin dengan Keum Ran, Tae Hee kena dapatkan sain Kang Jun. Kang Jun dan Min Hyuk pulak berkomplot untuk membunuh Tae Hee. Masa ni lah, hero akan menang. Bila Tae Hee dapat sain dari Kang Jun, dan menjadi CEO syarikat keluarganya serta singkirkan Min Hyuk. Kang Jun dan Chae Yeon pulak kena tangkap.


Cerita banyak kisarkan kisah kehidupan seorang perempuan ditinggalkan suami kerana kekurangan yang dimilikinya. Bagaimana dia bangkit dan berusaha untuk berubah dirinya. Semangat tu!

Shu suka semangat yang ditunjukkan oleh Keum Ran tu, nak pinjam sikit boleh? untuk dibuat semangat nak kurus ni. hehe.. nak kurus dan sihat saja. hehe

Sekian,

21 March 2020

Segmen Bloglist April hingga Jun 2020

Assalamualaikum 

Segmen Bloglist April hingga Jun 2020.

Syarat penyertaan di 
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-april-hingga-jun-2020.html

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Mac 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com

Assalamualaikum 


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....

Hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


21/03/2020, Sabtu - Ahli keluarga masing-masing masih mematuhi perintah kawalan pergerakan. Hari ini terpaksa balik melawat rumah sebab kontraktor yang tinggal di situ mulai tukar atap, takut bocor habis dokumen penting. Selesai semua terus balik rumah dan bersihkan diri.

Shu dan Sofia hanya amalkan aktiviti makan dan tidur, jadi menantu hantu hari sabtu. Petang sikit baru siram pokok. Homework yang cikgu bagi sudah selesai dikerjakan. Semua buku mewarna yang kami pernah belikan untuk dia, tengah dikerjakan. Bagusnya cikgu Sofia, wasap link youtube untuk Sofia belajar dalam tempoh PKP ni.

Jijoi sudah mula tunjuk rasa bosan, akhirnya ambil alternatif baiki motor. Sekali motor kita dibaikinya, tak selesai disitu, hari-hari cuci kereta dan motor. Punya boring takda benda nak buat. Kerja mengemas berjalan sambil mulut pun berjalan. Kalah orang perempuan.

Nenek dan Atok menghabiskan masa menonton tv sambil bergurau dengan Sofia. Makin berlemak lah bila nenek selalu backup. Jadi peneman nenek untuk berborak.

20 March 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

Assalamualaikum 


Syarat penyertaan adalah
http://www.ombakbergigi.com/2020/03/sunshine-giveaway-by-ombakbergigi.html

Tarikh tutup penyertaan pada 24 Mac 2020

Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?
Salah satunya, dapat hantar Sofia ke sekolah pada umur 5 tahun. Dapat dia belajar dan berkawan dengan kawan yang pelbagai kaum. Alhamdulillah... zaman Shu dulu, takda sekolah melainkan masuk tadika pada umur 6 tahun.

Hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


20/03/2020, Jumaat - Shu kena masuk pejabat. Bilangan pekerja hanyalah tiga orang dalam setiap masa. Langkah kebersihan dan keselamatan masih dititik beratkan, terutama pakai surgical mask dan hand sanitizer, selain tu kerap mencuci tangan setiap kali sentuh alat tulis yang lain. 

Lunch hour berkampung di pejabat sebab takut untuk keluar membeli makanan. Order dengan boss yang keluar beli makanan. haha

Sebelah petang balik rumah terus bersihkan badan dan letak pakaian kerja di luar rumah

Sofia dan ayahnya di rumah nenek bukan main bervideo call. Happy mereka di rumah. Masih awal untuk rasa boring tinggal di rumah. haha

Sejak tinggal di rumah nenek, tugas utama anak dara ini adalah siram semua tanaman neneknya. Pagi tengah hari dan petang. 

Drama | Crash Landing on You (2019)

Assalamualaikum   


Watak Utama : Hyun Bin as Ri Jung Hyuk, Son Ye Jin as Yoon Se Ri/ "Sam Suk", Seo Ji Hye as Seo Dan, Kum Jung Hyun as Goo Seung Jun
Negara : Korea Selatan
Episod : 16

Kisah percintaan antara dua negara. Yoon Se Ri yang pada mulanya terlibat dalam kemalangan dan mendarat di tanah seberang, Korea Utara terjumpa Ri Jung Hyuk seorang anggota tentera Korea Utara yang pada mula bersetuju untuk menolong Se Ri untuk pulang ke Korea Selatan.

Dalam percubaan untuk menghantar Se Ri, Jung Hyuk bersetuju untuk berkahwin dengan Dan atas pilihan orang tuanya. Se Ri pula terikat dengan Seung-Jun. Entah macam mana, Seung-Jun bertemu dengan Dan.


Anak buah Jung Hyuk sangat masuk air. Kelakar. Mereka lah yang banyak menolong Jung Hyuk dalam misi menghantar dan menyembunyikan Se Ri dari dihidu pihak berkuasa.



Parent Jung Hyuk dalam diam tolong Jung Hyuk. Yelah, sebelum ni anaknya pernah terkorban, tinggal anak yang sorang tu saja. Proses untuk Se Ri pulang ke negaranya berjaya walaupun macam-macam rintangan terjadi.

Se Ri kemudiannya menyambung perniagaan yang telah lama ditinggalkan. Ketibaan Se Ri mengundang kejutan buat semua orang kerana sebelum ini, berita kematiannya telah tersebar luas. Terutama parent dia.

Dalam kesibukan Se Ri mengendalikan perniagaannya, Jung Hyuk pula bergelut dengan khabar angin berkenaan dirinya dan Cheol Gang. Risau pada keselamatan Se Ri, membawanya ke Korea Selatan. Tinggal bersama Se Ri. Sementara itu, rakan-rakannya pun datang ke Korea Selatan.

Dan pula makin rapat dengan Seung-jun.


Dalam kekalutan Jung Hyuk dan Cheol Gang, Se Ri pada mulanya ingin menyelamatkan Jung Hyuk dari ditembak akhirnya hampir menggadai nyawanya sendiri. Cheol Gang tewas.

Pegawai Korea Selatan cuba untuk merungkai permasalahan ini, tetapi kedua-duanya memberi cerita yang berbeza. Susah pulak pegawai tu nak buat kerja. Ketung ketang cerita.

Akhir sekali, Jung Hyuk nak kena pulang ke Korea Utara, Se Ri datang menghalang. Ececeh..


Pengakhiran cerita, mereka bersama dan dapat anak kembar.



Sekian, terima kasih.

19 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


Bermula 18-31 Mac 2020 rata-rata syarikat milik kerajaan mahupun swasta telah mula mengarahkan pekerjanya bekerja dari rumah mahupun bercuti. Seiring dengan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Memandangkan suami isteri dalam senarai terkecuali bagi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, agak haru biru bila sekolah anak ditutup. Mak ayah kena kerja. Walaupun atas budi bicara pihak atasan, agak terkesan dengan pengumuman tersebut. Sekurangnya salah seorang ahli keluarga boleh dikecualikan untuk bekerja.

Kepada semua penduduk Malaysia, mohon untuk tinggal di rumah masing-masing. Hanya keluar atas sebab kecemasan ataupun membeli barang keperluan yang habis. Jangan merayap mencari shopping mall yang masih buka untuk dikunjungi.

Sentiasa pakai mask dan hand sanitizer. Rajin-rajinlah cuci tangan bila pegang barang.

Dengan doa semoga kita semua terhindar dari virus ini, dan sentiasa dilindungi.

Picture :BHTV

Hari ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


19/03/2020, Rabu - Lewat petang kemarin terima jadual kerja dari rumah secara bergilir. Hanya seminggu sekali dibenarkan masuk pejabat. Alhamdulillah...

Shu kerja dari rumah, selesaikan semua kerja. Aktiviti sebelah pagi tidak banyak sebab Shu kena siapkan kerja. hihi

Hari ini Jijoi mencari barang keperluan dan bahan mentah. Kami dirumah mengemas apa yang patut. Nenek dan Atok ke Hospital untuk checkup jantung.

Sofia macam biasa, aktif tu hanya Allah yang tahu.