Birth of a Beauty (2014)

Assalamualaikum 


Watak Utama : Joo Sang Wook as Han Tae Hee, Han Ye Seul as Sa Ra / Sa Keum Ran, Jung Gyu Wook as Lee Kang Jun, Wang Ji Hye as Gyo Chae Yeon, Ha Jae Sook as Sa Geum Ran(Past)
Negara : Korea Selatan
Episod : 21

Keum Ran sorang wanita cantik yang ditinggalkan oleh suami, Kang Jun sebab kejar pangkat. Pada masa tu, Keum Ran dalam keadaan serba kekurangan. Kang Jun dan Chae Yeon ada hubungan sulit. Entah macam mana Keum Ran datang ke rumah Kang Jun dan terkantoi mereka curang. Sedih!


Pada masa ini juga, Kang Jun putuskan hubungan perkahwinan mereka. Keum Ran yang bersedih terlibat dalam kemalangan. Paling sedih kemalangan itu dicipta oleh suaminya sendiri, dan secara tak sengaja disaksikan oleh Chae Yeon. Kejam!


Keum Ran terselamat dari kemalangan tu, dan berjumpa dengan Tae Hee. Disinilah berlaku perubahan yang besar dalam hidup Keum Ran.

Tak lama lepas tu, Kang Jun dan Chae Yeon membuat pengumuman mengenai perkahwinan mereka tidak lama lagi. Part ni, geram gila dengan perangai Kang Jun ni. Dia sanggup buat apa saja demi kejar cita-cita dia.

Tae Hee dan Keum Ran plan nak rosakkan perhubungan antara dua merpati sejoli ni, jadi keum Ran menyamar menjadi Sara. Tae Hee pula dalam tolong tu, secara tak sengaja suka Keum Ran ni.

Keum Ran berjaya memusnahkan keluarga bekas suaminya. Horray! Video Keum Ran makan menjadi viral. Part ni kelakar. Dalam mereka untuk pastikan Kang Jun mengaku melakukan pembunuhan tu, Min Hyuk iaitu abang Tae Hee sibuk nak tau latar belakang Sara ni.


Dalam kemelut itu, Min Hyuk ni pedajal nenek dia sendiri sebab takut harta jatuh ke tangan Tae Hee. 
Biasa kemelut berebut harta ni, malas nak ulas panjang. Pung pang pung pang sama je. hehe

Keum Ran ditawarkan jadi model dan dia masuk pertandingan "Birth of Chef". Ni pun macam-macam hal terjadi pada Keum Ran dan Tae Hee sebab Kang Jun dan Chae Yeon nak buktikan siapa sebenarnya Sara ni.

Keselamatan Keum Ran makin merbahaya. Min Hyuk gunakan Keum Ran untuk jatuhkan Tae Hee. Usahanya gagal di penghujung bila Tae Hee dan Keum Ran bersama semula.


Untuk berkahwin dengan Keum Ran, Tae Hee kena dapatkan sain Kang Jun. Kang Jun dan Min Hyuk pulak berkomplot untuk membunuh Tae Hee. Masa ni lah, hero akan menang. Bila Tae Hee dapat sain dari Kang Jun, dan menjadi CEO syarikat keluarganya serta singkirkan Min Hyuk. Kang Jun dan Chae Yeon pulak kena tangkap.


Cerita banyak kisarkan kisah kehidupan seorang perempuan ditinggalkan suami kerana kekurangan yang dimilikinya. Bagaimana dia bangkit dan berusaha untuk berubah dirinya. Semangat tu!

Shu suka semangat yang ditunjukkan oleh Keum Ran tu, nak pinjam sikit boleh? untuk dibuat semangat nak kurus ni. hehe.. nak kurus dan sihat saja. hehe

Sekian,

Post a Comment

4 Comments

  1. Drama Korea favourite ni. Berkali-kali saya tonton🤣.

    ReplyDelete
  2. Suka bila dia bangkit melawan.. semangat tu..

    ReplyDelete
  3. lawak. hero tu memang selalu cite romantic comedy .. ^^

    ReplyDelete