Love Around (2013)

Assalamualaikum 


Watak Utama : Annie Chen as Liang Xiao Shu, George Hu as Zhou Zhen, Yumi Chiu as Yu Mi, Simon Hsueh as Zhan Mu Shi.
Negara : Taiwan
Episod : 21

Xiao Shu, seorang DJ Radio yang kekasih dia kantoi curang dengan perempuan lain. Dia terjumpa Zhou Zhen, di sini lah mereka saling mengenali. Zhou Zhen sebelum ini kecewa ditinggalkan kekasih, ingin tolong Xiao Shu yang telah kecewa seperti dia. Parent Xiao Shu ni disiplin sikit, kena balik sebelum jam 10 malam.

Zhou Zhen anak gengster pencen. Ayah dia banyak buat kerja baik dan suka dengar satu slot dalam radio yang selalu kecam dia. haha yela DJ anti giler dengan gengster ni, hari-hari ada saja benda buruk yang keudara.

Sebab dah tak tahan, ayahnya buat keputusan untuk membeli station radio ni, tapi Zhou Zhen pulak bekerja di sana sebab nak tolong Xiao Shu hadapi krisis ni, tanpa pengetahuan Xiao Shu bahawa ini agenda ayahnya.


Mereka mula jatuh cinta. Dengan kepercayaan makan gula-gula cinta, pembantu Zhou Zhen termakan gula-gula cinta rakan Xiao Shu. hehe


Keadaan menjadi sulit apabila mereka mengadakan perjumpaan bersama ahli keluarga masing-masing. Rupanya dulu ayah Zhou Zhen ditembak oleh ayah Xiao Shu dan secara tak sengaja melanggar mati abang dia.

Keadaan bertambah teruk apabila ibu Xiao Shu tidak dapat terima kenyataan kematian anaknya tu. Zhao Zhen terpaksa putuskan hubungan mereka berdua sebab tanak Shu tertekan dan mengetahui cerita sebenar.


Akhirnya Xiao Shu ingat semua detik-detik kemalangan itu, dan sedar bahawa ayahnya ada sesuatu yang disembunyi. Semuanya terbongkar, ibunya tak dapat terima kenyataan tu. Akibatnya, ayah Xiao Shu tinggalkan rumah.


Macam-macam telah dilakukan oleh dua kekasih ini untuk satukan kembali ayah dan ibu Xiao Shu. Pengakhiran cerita, di majlis perkahwinan mereka ayah Xiao Shu pun datang sekali. Happy Ending..

Sekian, 

Post a Comment

2 Comments