Hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


28/03/2020, Sabtu - Setelah seminggu lebih kita #stayathome mahupun #workfromhome, harini terasa nakkkk sangat keluar naik moto meronda sekitar taman, tapi big NO. Bertahanlah dua minggu lebih saja lagi..

Harini jijoi nak makan ikan kembung masak pindang.

Pindang & Singgang, Menu Lebih Sihat Lepas Raya. - RASA
Bahan-bahan:
4 biji bawang besar merah (dimayang)*
2 hirisan lengkuas*
Halia sebesar Ibu jari (dimayang)*
2 batang serai (dihiris/diketuk)*
4 biji cili merah (ditumbuk kasar)*
Kunyit hidup sebesar ibu jari (dihiris)*
1-2 keping asam keping*
Sedikit belacan*
1 sudu besar serbuk kunyit*
500 ml air*
8 ekor ikan kembung
1 sudu kecil garam
6 biji bendi
2 biji tomato (dibelah 4 setiap biji)
2 ranting daun kesum (kutip belakang rumah)

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan bertanda * ke dalam periuk dan nyalakan api, hingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan ikan kembung, bendi, tomato, dan daun kesum. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan garam dan rasa.
  4. Sedia untuk dihidang.
gambar : google

5 comments:

  1. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin

    ReplyDelete
  2. resepi mudah tapi yang penting sedap... fav Liez

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bagi resipi. Next time boleh cuba. hehe

    ReplyDelete
  4. sedap masak pindang ini.. Tapi tu lah.. anak-anak tak mau nak makan.. hehehe

    ReplyDelete