Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


30/03/2020, Isnin - Alhamdulillah.. masih dalam keadaan terkawal. Roti, sangat susah nak jumpa.  Dua minggu ni, baru sekali dapat merasa roti itupun yang plastik hijau. Berdiet kita dibuatnya. 

Bahan mentah seperti ayam dan daging masih ada, ikan sudah kehabisan stok. Sayuran masih terkawal dan mencukupi dalam peti ais. Nak kata panic buying, tidak lah. Mertua jenis asal keluar rumah mesti beli bahan mentah, pastu simpan. Baru-baru ni kami hanya topup mana yang terkurang saja. Yela sebelum ni mereka berdua saja, bila PKP ni anak menantu tinggal bersama jadi capacity sudah bertambah. 

Terima kenyataan dengan redha bahawa PKP akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Hulu Langat antara kawasan tertinggi kes setakat hari ini. KPKD di sesetengah kawasan telah bermula hari ini. Bertambah seram nak masuk kerja. Dengan alasan ada kerja kecemasan baru berani nak masuk kerja, kalau tak memang shu akan #workfromhome

Sofia pula akan ada E-Classroom bermula 1 April ni. Biar dia belajar, kalau tak sambil ibu tengah buat kerja, dia selit nak tengok youtube lah, game lah.

#juststayathome #workfromhome #dudukdirumah 

Post a comment

5 Comments

  1. Sama samalah kita berehat dirumah. Semoga kita semua dijauhi dari wabak tersebut, Aamin.

    Jemput join segmen kami
    https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

    ReplyDelete
  2. stay safe ye sis. moga Allah lindungi kita semua dari terkena jangkitan. amin..

    ReplyDelete
  3. Semoga lanjutan harini boleh membasmi covid Di Malaysia

    ReplyDelete
  4. Bila dah biasa beli barang, memang tak akan jadi panik buying kan Shu.. cuma top up mana yang habis je..

    ReplyDelete