31 March 2020

Hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


31/03/2020, Selasa - Bila masing-masing kerja dari rumah, waktu bekerja sangatlah tidak terhad 08:30 hingga 17:30 saja, kadang-kadang malam pun kena buat kerja. As usual, lebih jam 6 petang selalu shu buat keesokkan pagi. Mungkin boss-boss busy meeting, lewat petang baru tengok.. haa agak je lah macam tu. hehehe

Letihnya kerja di rumah, sambil buat kerja lari p memasak, lari basuh baju, lari ke toilet. Paling busy pun lari potong bawang dan sayur sebelum mak mertua masakkan. hehe busy sangatttt..  Letih tu tak letih pun, cuma pelbagai ragam. Perbezaannya kalau di tempat kerja, bermeditasi dalam toilet 30 minit pun boss tau awak dalam toilet. Dirumah takkan nak cakap awak dekat toilet. Belum campur "ibu, ibu cantik tak Sofia color", "ibu, ibu buka tab" "ibu, ibu nak belajar" "ibu, ibu nak mandi". hahaha

Apa yang penting amalkan gaya hidup yang sihat. Selalu cuci tangan dengan sabun, sekiranya takda atau jauh dari air, guna hand sanitizer. Pakai face mask yang surgical mahupun N95 pabila berada diluar kawasan rumah terutama ke tempat kerja. Jaga jarak 1 meter antara satu sama lain. Dan terus mandi sekiranya pulang dari kerja mahupun membeli barang keperluan.


Kes setakat semalam, 30/03/2020 17:30.

4 comments:

  1. Memang lagi penat sebenarnya WFH nie tapi memang jadi pengalaman berhargalah..
    Semoga cepatlah covid19 nie berlalu pergi..

    ReplyDelete
  2. hurm,, makin ramai la pulak... semoga ramai-ramai ni cepat sembuh dan virus ni berlalu pergi...

    ReplyDelete
  3. tabahlah kita semua mengharungi ujian ni. semoga cepat berlalu pergi..
    sama2 kena mainkan peranan insyallah =)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin

    ReplyDelete