Hari ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


21/03/2020, Sabtu - Ahli keluarga masing-masing masih mematuhi perintah kawalan pergerakan. Hari ini terpaksa balik melawat rumah sebab kontraktor yang tinggal di situ mulai tukar atap, takut bocor habis dokumen penting. Selesai semua terus balik rumah dan bersihkan diri.

Shu dan Sofia hanya amalkan aktiviti makan dan tidur, jadi menantu hantu hari sabtu. Petang sikit baru siram pokok. Homework yang cikgu bagi sudah selesai dikerjakan. Semua buku mewarna yang kami pernah belikan untuk dia, tengah dikerjakan. Bagusnya cikgu Sofia, wasap link youtube untuk Sofia belajar dalam tempoh PKP ni.

Jijoi sudah mula tunjuk rasa bosan, akhirnya ambil alternatif baiki motor. Sekali motor kita dibaikinya, tak selesai disitu, hari-hari cuci kereta dan motor. Punya boring takda benda nak buat. Kerja mengemas berjalan sambil mulut pun berjalan. Kalah orang perempuan.

Nenek dan Atok menghabiskan masa menonton tv sambil bergurau dengan Sofia. Makin berlemak lah bila nenek selalu backup. Jadi peneman nenek untuk berborak.

3 comments:

  1. Waktu santai bersama keluarga ya Shu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kak.. cuma lepak dalam bilik lebih sbab work from home. hehe

      Delete
  2. Sesekali dapat peluang ini memang kena manfaatkan kan shu.. masa nielah bonding lebih erat..

    ReplyDelete