Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


23 Mac 2020 – Hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan 
Hari ke-dua Shu bekerja dari rumah, bertemankan Sofia sambil bermain tab. Sang ayah kena kerja. Disebabkan Shu tinggal dirumah mak mertua sementara waktu ni, makanya siang mak mertua masak, malam adakalanya Shu akan masak.

Langkah-langkah kebersihan masih di amalkan, iaitu kerap basuh tangan, banyak makan sayur dan buah-buahan, serta kerap minum air suam panas. 

Bila pagi mulai terbit matahari, Shu akan ajak Sofia teman sidai baju, berjemur biar gelap sikit. Petang pulak, ajak dia kutip baju. Paling rajin anak dara ni siram pokok sayur dan pokok bunga nenek. Semua aktiviti ni masih dalam pagar rumah nenek.

Beli barang? Tuan rumah akan beli barang, Atok, nenek mahupun Jijoi akan mencari barang keperluan yang habis. Kami dua orang hanya duduk dirumah, makan, dan tidur.

Sofia bila nenek terangkan jarak 1 meter perlu antara mereka berdua, setiap kali nenek dekat dia, dia akan warning neneknya. Bertabahlah ibunya. Nenek dan atok masing-masing umur 60-an dan 90-an. Langkah berjaga-jaga kata neneknya.

2 comments:

  1. Letih juga duduk dalam rumah.. kat tempat Sha memang tak boleh nak keluar.. Duduk jelah anak2 dalam rumah..

    ReplyDelete
  2. bagus jugak dapat keluar. ni memang terperuk je ni. Sampai anak-anak pun sibuk meratap tengok pintu. Haha

    ReplyDelete