Hari ke-8 Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


25/03/2020, Rabu - Hari ini jadual kena masuk kerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja, kena roadblock. Mereka hanya nak kenalpasti berapa orang dalam kenderaan. Dan sekiranya ditahan untuk spot-check, jangan panic jangan gabra, hanya keluarkan kad pekerja dan surat pelepasan, melainkan mereka minta lesen or ic, bergantung pada pegawai bertugas. Jangan pula bawa keluarga keluarkan kad pekerja, apa jadahnya g keja bawa anak bini.

Dalam pejabat masih pakai face mask, sebab ada satu masa akan sampai 5 hingga 10 orang berkumpul. Elakkan selagi boleh elak. Sebab di rumah mak mertua ada seorang budak 5tahun dan warga mas 90-an

Beli makanan pun keluar awai dari biasa atas arahan bos. Turn shu untuk jadi runner kali ni, beli nasi ayamas. Boleh di makan. Hand sanitizer usah dicakap, lepas pegang barang semuanya di cuci. Balik pejabat sambung cuci dengan air + sabun dettol. Punyalah takut.

Nasi Ayam Percik - Ayamas
Balik rumah terpaksa ke kedai beli barang dapur sikit. Kedai tak ramai orang, masih jaga jarak 1 meter. Balik rumah barang-barang tadi shu letakkan di satu sudut sementara waktu. Sampai rumah perkara pertama shu buat, terus mandi dan cuci baju. Cuci baju berasingan dengan baju yang lain. Dengan Sofia, tak terus borak dengan dia. Malam sikit baru borak.

Bila malam, tengah borak ibu hang terlelap Sofia oi.. hehe sedar sedar budak kecik ni pun dah terlelap.

Post a comment

7 Comments

  1. Semoga Allah lindungi selalu dari penyakit yg tak diingini. Aaameen yq Rabb!

    ReplyDelete
  2. memang kena berhati2 dan kena ikut SOP sekarang ni

    ReplyDelete
  3. tabahlah kita semua berdepan isu ni..
    semoga cepat berlalu semuanya..

    ReplyDelete
  4. Take care ye sis. Moga dilindungi Nya

    ReplyDelete
  5. klau bekerja mmg tak boleh nak elak kan.. apa2 pun kena jaga kebersihan dan patuhi arahan social distancing.. insyaallah semua selamat

    ReplyDelete
  6. memang kena jarak dan lebih peka dengan kebersihan kan shu..

    ReplyDelete