18 March 2020

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


Shu dan Jijoi masih bekerja disebabkan masing-masing dalam perkhidmatan perlu (essential services) nak tak nak kena kerja juga. Bila ramai stay at home ni, maka ramailah yang akan minum dan membuang. Kalau air berkarat/berbau mahupun tandas tersumbat, susah pula ya. Hiks

Cuma perjalanan hari ini lengang mungkin sebab kebanyakkan sudah bercuti/kerja dari rumah, malam pengumuman berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan. Sampai pejabat pun awal, tak jem. Jarang sekali lalu pekan Semenyih ni tak jem pagi-pagi.

Pada masa ni, Shu sekeluarga sudah seminggu tinggal dengan mak mertua di Semenyih berikutan rumah dalam proses minor renovation. Kami tinggal pada 09/03/2020.

Sofia masih ke transit, masih buka disebelah pagi.

Takut berkemungkinan esok transit Sofia akan ditutup, Jijoi terpaksa cuti sementara waktu. Nenek akan ke hospital hari Khamis dan Jumaat ni untuk checkup jantung.

No comments:

Post a comment