Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum 


Bermula 18-31 Mac 2020 rata-rata syarikat milik kerajaan mahupun swasta telah mula mengarahkan pekerjanya bekerja dari rumah mahupun bercuti. Seiring dengan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Memandangkan suami isteri dalam senarai terkecuali bagi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, agak haru biru bila sekolah anak ditutup. Mak ayah kena kerja. Walaupun atas budi bicara pihak atasan, agak terkesan dengan pengumuman tersebut. Sekurangnya salah seorang ahli keluarga boleh dikecualikan untuk bekerja.

Kepada semua penduduk Malaysia, mohon untuk tinggal di rumah masing-masing. Hanya keluar atas sebab kecemasan ataupun membeli barang keperluan yang habis. Jangan merayap mencari shopping mall yang masih buka untuk dikunjungi.

Sentiasa pakai mask dan hand sanitizer. Rajin-rajinlah cuci tangan bila pegang barang.

Dengan doa semoga kita semua terhindar dari virus ini, dan sentiasa dilindungi.

Picture :BHTV

Post a comment

6 Comments

  1. Mudah2an wabak COVID-19 ini dapat segera dibendung.

    ReplyDelete
  2. Semoga yang baik-baik sahaja buat Shu sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. semoga Perintah Kawalan Pergerakan berjaya menyekang wabak covid-19 dari terus berlanjutan..

    aamiin

    ReplyDelete