Hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan - Work from Home

Assalamualaikum 


22/03/2020, Ahad - Pada petang hari ke lima Perintah Kawalan Pergerakan, duduk atas kerusi pun boleh terlelap. Terlalu boring duduk dirumah. Minggu ni, hanya hari Rabu boleh masuk pejabat. Selebihnya bertafakur di rumah bersama Sofia, Jijoi.

Dolgano Coffee in da house! Sedap habaq hangg..

Kebetulan seminggu sebelum PKP ni dikeluarkan, kami sekeluarga memang sudah berpindah sementara ke rumah mak mertua Shu di Semenyih, atas sebab rumah tengah buat minor renovation. Agak jauh berulang alik ke tempat kerja masing-masing.

Pada rakan taulan yang lain, sentiasa kebersihan diri sepanjang musim Covid19 ni. Kerap basuh tangan. Tutup mulut bila bersin.


1 comment:

  1. Memang agak boring bila tak keluar rumah nie.. Masa dalam pantang pun tak macam nie.. hehehe

    ReplyDelete