Assalamualaikum ♥ ♥ ♥

PKP Fasa 1 : 18/03/2020 - 31/03/2020 (14 hari)
PKP Fasa 2 : 01/04/2020 - 14/04/2020 (14 hari)
PKP Fasa 3 : 15/04/2020 - 28/04/2020 (14 hari)
PKP Fasa 4 : 29/04/2020 - 12/05/2020 (14 hari)
PKP Fasa 5 : 12/05/2020 - 26/05/2020 (14 hari)
#ramalan #stayathome #workfromhome #staysafe #1meter #pkp
PKP Fasa-3 ni bermula 15/04/2020 hingga 28/04/2020. Puasa tahun ni, jangan berangan nak balik kampung berpuasa dengan keluarga sanak saudara. Jangan berangan pergi ronda 3 pusingan bazaar ramadhan tak beli apa-apa, alih-alih balik beli dekat Mcd. Jangan berangan nak merasa waktu balik kerja sejam awal (essential service saja yang merasa). E-bazaar pun entah on entah tidak. Bersiap sedia keluarkan periuk belanga dan resepi-resepi baru korang. Silap-silap raya pun bermaafan guna video call.
Cuma nak pesan, kita telah memasuki fasa ketiga iaitu 33hari berkurung dengan meminimakan kes penyebaran Covid-19 ni. Terus bersabar menunggu arahan pihak atasan. Jangan musnahkan 33hari orang lain yang berkorban hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri kita. Dengan ada sesetengahnya gaji di potong (jika ada), peniaga yang hampir terputus kewangan. Bersabar dan terus bersabar.
Elakkan ditahan semasa PKP ini, patuhi segala arahan pihak berkuasa. Mana yang terpaksa keluar bekerja, pastikan ada bersama Surat Pelepasan dari syarikat dan id pekerja. Lesen dan roadtax kenderaan semestinya kena ada dan tak tamat tempoh. Mana-mana ketua keluarga yang terpaksa keluar untuk membeli barang keperluan, ikut arahan PKP. Yang paling penting utamakan amalan kerap cuci tangan dan jaga jarak 1 meter. Balik rumah terus mandi.