Assalamualaikum ♥ ♥ ♥

13/04/2020, Isnin - Tanpa sedar, sudah hampir sebulan kita menyesuaikan diri dengan keadaan baharu ini. Tahniah kepada semua yang memberi kerjasama dalam memerangi Covid-19 ni. Tahniah kepada frontliner Malaysia yang mampu bekorban untuk keselamatan rakyat Malaysia sendiri. Tak lupa juga kepada pihak atasan yang bekerja keras demi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.
Di media sosial, ramai orang menyelar sikap segelintir rakyat yang masih keras kepada, dan bersikap pentingkan diri sendiri. Pelbagai inisiatif telah kerajaan berikan antaranya Bantuan Perihatin Negara (BPN) yang kebanyakkannya menerima RM1,600 untuk seiisi keluarga, tetapi pada peringkat pertama ini menerima sebanyak RM1,000. Boleh dikatakan hampir semua menerima bantuan ini.
Dulu heboh diperkatakan mengenai kluster tabligh di Masjid Seri Petaling, namun baru-baru pelbagai kluster telah muncul, antaranya kluster oversea dan sub-kluster madrasah-madrasah. Ini menjadikan Selangor antara negeri tertinggi di Malaysia dengan kes sebanyak 1,236. Diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 803, Johor 558, Sarawak 342, Negeri Sembila 318, Sabah 266 dan lain-lain negeri dengan bilangan kes kumulatif bawah 250 kes. (statistik setakat 12/04/2020 @5.00petang).
Alhamdulillah.. daripada jumlah keseluruhan kes, boleh dikatakan 45peratus daripadanya telah sembuh.
Kalau perasan setiap kali berita, kenyataan akhbar mahupun semua media sosial, langkah kebersihan selalu diketengahkan iaitu "Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi pada setiap masa dengan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun serta sentiasa amalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain."
#stayathome #workfromhome #staysafe #dudukdirumah
Semoga ramai lagi pesakit yang dijangkiti akan sembuh
ReplyDeleteAamiin..
Deleterasanya PKP ini akan dilanjutkan sampai lepas raya posa, hari gawai n pesta menuai.
ReplyDeleteshu rasa pun macam tu. ada beberapa peringkat lagi ni.. pembersihan 1 malaysia belum dibuat.
Deletesekarang dah berkurang jumlah kes positif, hopefully makin ramai yang sembuh dan frontliner boleh berehat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. makin menurun jumlah kes.
Deletesiapalah yg degil sgt tu alahai takde kesedaran langsung
ReplyDeleteAlhamdulillah hari ini hari ke 51 PKP kes positif Covid-19 tinggal 2 digit. Moga semua ini cepat berakhir :)
ReplyDeleteHarapnya semua terus patuh SOP..
ReplyDelete