PKP Fasa III - Bersabar dan Kuatkan Semangat

Assalamualaikum 


PKP Fasa 1 : 18/03/2020 - 31/03/2020 (14 hari)
PKP Fasa 2 : 01/04/2020 - 14/04/2020 (14 hari)
PKP Fasa 3 : 15/04/2020 - 28/04/2020 (14 hari)
PKP Fasa 4 : 29/04/2020 - 12/05/2020 (14 hari)
PKP Fasa 5 : 12/05/2020 - 26/05/2020 (14 hari)
#ramalan #stayathome #workfromhome #staysafe #1meter #pkp

20/04/2020, Isnin - Seperti kita semua sedia maklong, sekarang kita menyesuaikan diri untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa ke-tiga. Sebulan lebih berkurung di dalam rumah. Berkurung maksudnya, kurang interaksi secara langsung, alam maya takda masalah. Yelah, nak membawang dengan jiran sebelah rumah pun takut.

PKP Fasa-3 ni bermula 15/04/2020 hingga 28/04/2020. Puasa tahun ni, jangan berangan nak balik kampung berpuasa dengan keluarga sanak saudara. Jangan berangan pergi ronda 3 pusingan bazaar ramadhan tak beli apa-apa, alih-alih balik beli dekat Mcd. Jangan berangan nak merasa waktu balik kerja sejam awal (essential service saja yang merasa). E-bazaar pun entah on entah tidak. Bersiap sedia keluarkan periuk belanga dan resepi-resepi baru korang. Silap-silap raya pun bermaafan guna video call.

Cuma nak pesan, kita telah memasuki fasa ketiga iaitu 33hari berkurung dengan meminimakan kes penyebaran Covid-19 ni. Terus bersabar menunggu arahan pihak atasan. Jangan musnahkan 33hari orang lain yang berkorban hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri kita. Dengan ada sesetengahnya gaji di potong (jika ada), peniaga yang hampir terputus kewangan. Bersabar dan terus bersabar.

Elakkan ditahan semasa PKP ini, patuhi segala arahan pihak berkuasa. Mana yang terpaksa keluar bekerja, pastikan ada bersama Surat Pelepasan dari syarikat dan id pekerja. Lesen dan roadtax kenderaan semestinya kena ada dan tak tamat tempoh. Mana-mana ketua keluarga yang terpaksa keluar untuk membeli barang keperluan, ikut arahan PKP. Yang paling penting utamakan amalan kerap cuci tangan dan jaga jarak 1 meter. Balik rumah terus mandi.

Post a comment

10 Comments

  1. adik kita kena potong gaji dia, sorang kena berenti. kesian masing-masing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.. semoga keluarga sis bersabar, insyaAllah ada hikmah semua yang terjadi ni..

      Delete
  2. Harap2 takdelah fasa 4 ke, 5 ke

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ada hikmah disebalik musibah ini.

    ReplyDelete
  4. berpuasa cara new normal dan mungkin beraya dengan new normal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya.. puasa tahun ni lain daripada yang lain. ada hikmahnya, tak letih.. duduk rumah saja..

      Delete
  5. semoga kita semua terlindunga dari virus ni

    ReplyDelete
  6. kini, kes baru semakin berkurang....mudah mudahan sebelum raya lah


    salam kenalan dari saya, nak tanya ini, sudikah bertukar link blog dengan saya, kalau sudi sila comment di link ini....

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    moga sehat-sehat selalu ya...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  8. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan.. PKP

    ReplyDelete