Drama | The Perfect Match (2017)

Assalamualaikum 



Watak Utama : Ivy Shao as Wei Fen Qing, Chris Wu as Huo Ting En, Ben Wu as Meng Shao Wei, Suan Wang as Meng Ru Xi / "Gina".
Negara : Taiwan
Episod : 22

Berkisah mengenai seorang chef terkenal, Ting En mempunyai restoran mewah yang menjadi destinasi pencinta makanan di seluruh Asia. Terkesan dengan komen netizen yang mendakwa makanan dari Fen Qing setanding makanan yang dimasaknya. Ting En turun ke pasar malam untuk mencari Fen Qing dan menunjukkan bakatnya.

Manakala Fen Qing yang kematian bapa, hidup bergantung pada sebuah jurnal catatan bapanya walaupun ada helaian yang hilang. Belajar sendiri demi membantu emaknya dan untuk tampung persekolahan adiknya. Kawan baiknya, Shao Wei yang seperti keluarga sendiri. Setelah Ting En datang ke gerainya, Fen Qing pergi semula ke restoran Ting En untuk menunjukkan bakatnya, tapi dia minta seminggu untuk belajar nak dapatkan rasa masakan seperti Ting En buat.



Sepanjang tempoh seminggu tu macam-macam berlaku. Kisah paling comel bila Fen Qing buat agreement untuk rahsiakan yang dia takut gelap. Dia juga telah membantu restoran Ting En dalam tangani masalah yang berpunca dari ketua chef yang membelot. dan berjaya!



Pembantu Ting En ni serius kelakar. Setiap scene buat kita tertunggu-tunggu kemunculan dia. macam scene di bawah ni. Dia sangat pandai memainkan wataknya.



Konflik berlaku bila Ting En menghadiahkan Fen Qing buku resepi keluarganya. Kebetulan mak Fen Qing membongkar bahawa itu adalah tulisan suaminya dan mendakwa berkait rapat dengan keluarga Ting En. Bila kesemua kekalutan berlaku, syarikat dan restoran Ting En telah diambil alih oleh adiknya. Dia melepaskan jawatan dan menjadi peniaga di tepi jalan.

Fen Qing yang ada sedikit saham dalam syarikat Ting En, mengambil alih syarikat tu dari adik Ting En. Bekerja keras siang malam.



Kesudahan yang menggembirakan bagi pasangan kekasih ini. Comel Fen Qing dengan style rambut tu.

Sekian terima kasih

3 comments:

  1. Good review 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi tengok drama taiwan sejak beralih ke chinese drama. Hee tapi hero tu, selalu berlakon jadi bodo2 gitu.. ^^

    ReplyDelete
  3. tgk gambar nampak menarik citer ni

    ReplyDelete