29 July 2020

Drama | Forget You Remember Love (2020)

Assalamualaikum 

garveyjin hashtag on Twitter

Watak Utama : Fair Xing as Ye Qian Yu, Garvey Jin as Shan Jun Hao / Tong Hao, Jiang Xing Cheng as Fan Yunyi, Cavan Wen as Tai Chu.
Negara : China
Episod : 38

Kisah bermula bila QianYu secara tak sengaja hampir terlanggar CEO Senwell, JunHao yang telah terlibat kemalangan yang dirancang dalam menjatuhkan dia, dan hilang ingatan. Dia sebabkan takut, QianYu menjaga JunHao dan memberi nama Tong Hao. Berbeza personaliti antara CEO dengan orang biasa.



JunHao ni lebih dingin berbanding TongHao. TongHao disenangi oleh orang sekeliling, sepanjang TongHao hilang ingatan, Senwell kehilangan peneraju yang berkaliber. QianYu dan TongHao mula bercinta. Kesian pada TaiChu, minat saja boleh, tapi bertepuk sebelah tangan.

Forget You, Remember Love (2020) | DramaPanda



Setelah bersulam cinta, berita kehilangan JunHao mula diperkatakan. QingYu yang pada mulanya ingin mengembalikan JunHao kepada keluarga sebenarnya tidak berjaya kerana JunHao terlibat kemalangan dan ingatannya telah kembali pulih. Personaliti TongHoa jugak turut hilang.



Suka sikap QingYu ni tidak berputus asa walaupun dan tahu JunHao ni tak ingat dia langsung. Menjadi cleaner, dan setiap hari ada saja masalah yang ditimbulkannya, pening kepada JunHao.

Akhirnya, JunHao ingat semula perkaitan antara dia dan QingYu. Kalau nak tahu, JunHao ni sudah hampir kahwin dengan YunYi, tapi kemalangan. Kali ke-dua pada hari perkahwinan, pelamin "anganku musnah".

Terjadi konflik yang hampir buat Senwell hampir lingkup antara JunHao dengan ZiQian.

Diakhir cerita, boleh pembantu JunHao tertinggal cincin perkahwinan bossnya. Entah macam mana, tertiba QingYu terpijak cincin yang hilang dahulu. Pergh sangat kebetulan part ni. hehe



Cantik Fair Xing berpakaian pengantin ni.

25 July 2020

Drama | Hua Jai Sila, Heart of Stone (2019)

Assalamualaikum 


Watak Utama : Tor Thanapob Leeluttanakajorn as Sila Wisetworawet / Aran Ritthinatkosol (Tor/Si), Fern Nopjira Lerkkajornnamkul as Minta Kanasrikul, Wattanajinda Sirapan as Pinsuda / Mam (Tor's aunt) and Ann Siriam Pakdeedumrongrit Sida Rittinatkoson (Ae's mother).
Negara : Thailand
Episod : 27

Tor seorang budak yang kematian ibunya, dan dipaksa untuk tinggal bersama keluarga ayahnya. Sering dibuli oleh adik dan ibu tirinya. Begitu juga Minta yang terima nasib sepertinya. Terlepas dari penyiksaan hidup, Tor menggunakan nama Sila untuk identiti baru.

Tor ingin membalas dendam pada mereka yang telah membuli dia semasa kecil, termasuklah kakak Minta. Sehingga suatu masa, kakak Minta terjerat dengan tipu muslihat Tor. Minta berusaha menyakinkan kakaknya bahawa itu adalah Tor yang dia kenal semasa kecil.

Pinsuda, makcik Tor telah dibunuh oleh Sida, iaitu mak tiri Tor. Tinggallah Tor berseorangan. Namun di temani oleh Minta. Suda ni boleh tahan juga dalam seni pertahankan diri, tapi terbunuh juga. Ala cita lebih kurang gangster-gangster lah ni.

Tak berhenti disitu, Suda merancang untuk menyakiti Tor dengan menculik Min. Semasa pergelutan itu, Suda telah tertembak anaknya sendiri, dan berjaya meloloskan diri. Min kena tembak teruk.



Mereka berdua berkahwin. Di akhir cerita, kakak Min sudah insof, ibu tiri Tor sudah insof gamaknya sebab sebahagian badannya terbakar teruk. Kami suspek mereka bercinta masa kanak-kanak lagi.

Happy ending..

12 July 2020

Salam Kerinduan

Assalamualaikum 


Tiga bulan menghilang tanpa khabar berita. Ada saja di sini tidak ke mana-mana. PKPP ni nak ke mana kalau tidak ke tempat kerja dan balik rumah. Anak dara pun sudah masuk sekolah 1haribulan baru-baru ni.

Rindu sahabat-sahabat alam maya, namun kesihatan membataskan kami untuk update blog. Banyak benda nak dicerita kan. Dengan harapan boleh berblogging lagi lepas ni.. Bulan April last kami update.

Kami doakan sahabat-sahabat semua sihat-sihat selalu.. Aamiin