28 September 2020

Special September Giveaway by Misya


Terma dan syarat di 
http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

Tarikh tutup pada 30 September 2020




27 September 2020

Drama | Cheese in the Trap (2016)

 

Watak Utama : Kim Go Eun as Hong Seol, Park Hae Jin as Yoo Jung, Seo Kang Joon as Baek In Ho dan Lee Sung Kyung as Baek In Ha.
Negara : Korea Selatan. 
Episod : 16.

Kisahnya bila Yoo Jung rakan sekelas Hong Seol yang baru balik dari latihan ketenteraan, dan masalah mula timbul sedikit demi sedikit kepada Seol. Kebongkaran kes kawan songlap duit, dan banyak lagi. Ini semua melibatkan salah faham antara rakan sekelas lain terhadap Seol. Padahal dia tak tau apa-apa pun. Lebih kurang macam tu lah.

Jung ni ada dark side dia yang semua orang tak tahu, hanya anak angkat ayahnya iaitu In Ha dan In Ho yang tau. Jung dan dua beradik ni dulu rapat, tapi atas sebab peristiwa salah faham buatkan Jung menjauhkan diri dari dua beradik ni. In Ha ni macam mental pun ada. hehehe.. adik dia In Ha ni pun salah faham dengan Jung juga masa sekolah dulu sampai larikan diri.


Cerita ni pasai budak sekolah, jadi tak banyak adegan pelik-pelik. Makin lama, Seol dan Jung makin rapat, sebabnya bila semua masalah yang timbul berpunca dari Jung tapi dia putar alam, dah jadi orang lain pulak puncanya. Seol ni sepertinya tersalah faham terhadap Jung, dan rasa serba salah tu buatkan mereka jadi makin rapat. Akhirnya couple. ececeh..


In Ho tetiba muncul sebab dia larikan diri dari hutang, dan jumpa pulak dengan Seol, kebetulan Seol couple dengan Jung, masa ni masing-masing dah bermusuh. In Ho suka pada Seol, tapi pada Seol mereka hanyalah kawan rapat dan dia tolong In Ho dalam mengejar impiannya untuk menjadi pemain piano.


Dalam cerita ni Jung ni nampak comel dan pelik sikit. Dia ni sesuai dengan watak pendiam dan misteri macam ni. 


Disebabkan Jung memalukan In Ho dalam satu majlis, In Ho telah membalas dendam pada Seol yang kebetulan terserempak dengannya. Seol terlibat dalam kemalangan. Jung sayangkan Seol, tapi sebab kemalangan tu berpunca dari dia juga, dia putuskan hubungan dengan Seol dan pergi mencari diri sendiri lebih dari 2/3tahun.

Seol setia menunggu Jung hingga ke akhirnya. Ceritanya tamat bila semua email-email Seol dibaca oleh Jung. I tunggu jugak kot mereka ni berkahwin. hohoho


Ni ha In Ha, kali ini membawa watak macam mental sikit. comel!

34# Nasi Lemak Pandan



Assalamualaikum

Hari ini tekak terasa teringinnn sangat nak makan nasi lemak pandan, selalu orang makan di waktu pagi, tapi kali ini kita makan waktu makan malam. Lepas makan, sambung tengok #BigStage, dan selebihnya menternak lemak sebaik mungkin. Ok gambar di atas hanyalah sekadar ilustrasi. Kali ni, hijaunya tak nampak sangat. 

Resepi Nasi Lemak Pandan
Bahan-bahannya:
  • 5 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (shu tak letak sebab pewarna kehabisan)
  • 10 helai daun pandan – kisar dengan air 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • Minyak masak 1 sudu besar (gantikan dengan planta)
  • Garam dan gula secukup rasa

Nasi Lemak enak dihidangkan bersama sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, ayam goreng celup tepung, telur rebus dan sedikit timus untuk hiasan. 

Masa menghidang makanan, Sofia bertanya "ibu cakap nak buat nasi lemak hijau, tak nampak warna hijau macam kulit timun ni.." ibu berhuhuhu lah nak menjawab.