27 September 2020

34# Nasi Lemak Pandan



Assalamualaikum

Hari ini tekak terasa teringinnn sangat nak makan nasi lemak pandan, selalu orang makan di waktu pagi, tapi kali ini kita makan waktu makan malam. Lepas makan, sambung tengok #BigStage, dan selebihnya menternak lemak sebaik mungkin. Ok gambar di atas hanyalah sekadar ilustrasi. Kali ni, hijaunya tak nampak sangat. 

Resepi Nasi Lemak Pandan
Bahan-bahannya:
  • 5 cawan beras biasa – dibasuhkan dan ditoskan
  • 2 cawan santan + 4 cawan air 
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (shu tak letak sebab pewarna kehabisan)
  • 10 helai daun pandan – kisar dengan air 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan – disiat dan disimpul
  • Minyak masak 1 sudu besar (gantikan dengan planta)
  • Garam dan gula secukup rasa

Nasi Lemak enak dihidangkan bersama sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, ayam goreng celup tepung, telur rebus dan sedikit timus untuk hiasan. 

Masa menghidang makanan, Sofia bertanya "ibu cakap nak buat nasi lemak hijau, tak nampak warna hijau macam kulit timun ni.." ibu berhuhuhu lah nak menjawab.

No comments:

Post a comment