06 October 2020

Integriti

Assalamualaikum

Integriti | amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan yang konsisten dan tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Dalam erti kata sebenar buat kerja hendaklah dengan jujur, bersungguh-sungguh dan terbaik mengikut tatacara yang di kehendaki.

Jangan lupa pada setiap mata yang memandang, jangan pula lupa pada setiap mulut yang berkunci rapat. Tidak bermakna, diam itu mengikut mahupun mengiakan. Belum tentu yang mengikut itu semuanya sependapat.

Bila nilai integriti dalam diri sudah tiada, hilanglah segala nilai positif dalam diri. 

Orang sekeliling melihat dan menilai. Hanya segelintir tidak mampu menilai ataupun sengaja pejam mata? tepuk dada tanya iman, dimanakah pergi sikap integriti dalam diri sendiri dan anak seliaan.