
28 November 2020
Selamat Ulangtahun Mak

27 November 2020
Drama | Doctors (2016)



Scene di dalam bilik pembedahan, suka bila kombinasi mereka berdua nampak serasi. :-)


Juga diselitkan beberapa kejadian menarik dalam menjadikan jalan cerita ini tampil menarik seperti cubaan membunuh ketua gangster, sakit mental, dan banyak lagi.


Penghujung cerita, happy ending! Cuma nampak Ji Hong lebih berumur berbanding Hye Jung. Tapi logik, sebab cikgu bercinta dengan anak murid, di alam realiti pun ado.. asalkan bahagia..
22 November 2020
35# Lala Masak Lemak Cili Api
![]() |
Gambar ihsan Google |
- Kisar cili padi, kunyit, bawang merah dan bawah putih.
- Panaskan air di dalam periuk. Agak panas, masukkan bahan kisar tadi bersama serai yang telah di ketuk.
- Masukkan lala dan masak sehingga ianya terbuka dan air agak kering kerana lala mengeluarkan air.
- Kemudian masukkan santan pekat.
- Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Jika suka, masukkan cili hijau yang dibelah 2 sebagai hiasan.
20 November 2020
Novel | Isteri vs Tunang
19 November 2020
Keadilan dituntut
Assalamualaikum ♥ ♥ ♥
Selalu dengar kawan sepejabat buat onar, sekarang kita dengar orang atasan bersikap tidak adil. Kita sebagai pekerja, bangun setiap hari gembira dan bersemangat untuk ke tempat kerja bila pihak atasan hargai kita, dan begitulah sebaliknya. Apa yang dirasa.. malasnya tak pergi kerja! kenapa? sebab adanya segelintir mentaliti sifat pihak atasan seperti ini
"Eh! Kenapa nak pergi sini dan ke sini? atas sebab apa? berapa lama? untuk apa? kalau gantikan orang lain boleh?"
Situasi A: Bila pekerja Eksekutif yang memang perlu bergerak atas urusan yang penting. Kekadang perlu mesyuarat secara fizikal dan bertemu pelanggan. Hanya pekerja dan bukan kawan baik.
"Pergilah, nanti balik jangan lupa belikan aku cekodok seringgit"
Situasi B: Bila pekerja Bukan Eksekutif yang tugasnya hanya bahagian pentadbiran, segara urusan dokumentasi boleh diserahkan kepada runner. Kelebihan di sini adalah kawan baik.
Situasi ini tidak boleh digambarkan bagaimana perasaan pihak A, dan berlarutan sehingga kepada tuntutan perbatuan dan tuntutan kerja lebih masa. Situasi masih seperti di atas, bila yang tak sepatutnya buat kerja lebih masa, setiap bulan tuntutan mencecah 40 jam. Ini tidak adil!
Cuba bayangkan, ada pekerja yang terpaksa redha bila tuntutan perbatuan disekat sehingga dua tiga bulan. Kerja dirombak tanpa perbincangan, menjadikan pejabat huru-hara. Dengan alasan, pentadbiran sebelum ini tidak betul. Dengan alasan itu, sesetengah pekerja lakukan satu kerja yang sama. Pembaziran tenaga pekerja berlaku.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Semua pekerja bawahan hanya mampu angguk-angguk, geleng-geleng. Nak di canang pentadbiran lama tak bagus, elok saja perjalanan pentadbiran sebelum ini. Ok jangan dibandingkan lama dengan baru. Yang baru lebih diktator.
Berdoalah semoga beliau diberi hidayah dan segera ditukarkan ke tempat lain.