22 November 2020

35# Lala Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum

Gambar ihsan Google

Masak Lemak kali ini tak bertumis, baru belajar dari Mak Njang. Sebelum ini, pasti ditumis dulu bahan masakan. Alhamdulillah, menjadi dan rupanya sama saja. hi hi hi..

Lala Masak Lemak Cili Api
Bahan bahan:
15 batang Cili padi - ikut pedas yang disukai
1 inci Kunyit hidup
5 bawang merah
2 bawang putih
2 serai - ketuk
2 cili hijau - belah dua
Santan pekat
1 asam keping
Garam
Gula

Cara-cara :
  1. Kisar cili padi, kunyit, bawang merah dan bawah putih.
  2. Panaskan air di dalam periuk. Agak panas, masukkan bahan kisar tadi bersama serai yang telah di ketuk.
  3. Masukkan lala dan masak sehingga ianya terbuka dan air agak kering kerana lala mengeluarkan air.
  4. Kemudian masukkan santan pekat.
  5. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Jika suka, masukkan cili hijau yang dibelah 2 sebagai hiasan. 

Tapi lebih suka cara menumis. 

8 comments:

  1. Wah lazat ni. Cukup dengan nasi hangat-hangat. Kalau PC boleh bertambah nasi. Diet?..sambung esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diet sambung esok kak, klau mcm ni gaya..

      Delete
  2. Lama x mkn lala... sedapnya... kakmim pn penah masak lemak cara menumis dan rebus je... kakmim pun prefer tumis jugak... ada kepuasan memasak kot kat situ sbb kalau rebus senang sgt.. hehe

    ReplyDelete
  3. aduduu sedapnya ratah gitu je pun dah sedap

    ReplyDelete