19 November 2020

Keadilan dituntut

Assalamualaikum ♥ 

Selalu dengar kawan sepejabat buat onar, sekarang kita dengar orang atasan bersikap tidak adil. Kita sebagai pekerja, bangun setiap hari gembira dan bersemangat untuk ke tempat kerja bila pihak atasan hargai kita, dan begitulah sebaliknya. Apa yang dirasa.. malasnya tak pergi kerja! kenapa? sebab adanya segelintir mentaliti sifat pihak atasan seperti ini

"Eh! Kenapa nak pergi sini dan ke sini? atas sebab apa? berapa lama? untuk apa? kalau gantikan orang lain boleh?"

Situasi A: Bila pekerja Eksekutif yang memang perlu bergerak atas urusan yang penting. Kekadang perlu mesyuarat secara fizikal dan bertemu pelanggan. Hanya pekerja dan bukan kawan baik.

"Pergilah, nanti balik jangan lupa belikan aku cekodok seringgit"

Situasi B: Bila pekerja Bukan Eksekutif yang tugasnya hanya bahagian pentadbiran, segara urusan dokumentasi boleh diserahkan kepada runner. Kelebihan di sini adalah kawan baik.

Situasi ini tidak boleh digambarkan bagaimana perasaan pihak A, dan berlarutan sehingga kepada tuntutan perbatuan dan tuntutan kerja lebih masa. Situasi masih seperti di atas, bila yang tak sepatutnya buat kerja lebih masa, setiap bulan tuntutan mencecah 40 jam. Ini tidak adil!

Cuba bayangkan, ada pekerja yang terpaksa redha bila tuntutan perbatuan disekat sehingga dua tiga bulan. Kerja dirombak tanpa perbincangan, menjadikan pejabat huru-hara. Dengan alasan, pentadbiran sebelum ini tidak betul. Dengan alasan itu, sesetengah pekerja lakukan satu kerja yang sama. Pembaziran tenaga pekerja berlaku.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Semua pekerja bawahan hanya mampu angguk-angguk, geleng-geleng.  Nak di canang pentadbiran lama tak bagus, elok saja perjalanan pentadbiran sebelum ini. Ok jangan dibandingkan lama dengan baru. Yang baru lebih diktator.

Berdoalah semoga beliau diberi hidayah dan segera ditukarkan ke tempat lain.

8 comments:

  1. Saya tak pasti apa yang awak alami, tapi dua tahun lepas saya juga pernah menjadi mangsa politik pejabat. Doa minta yang terbaik dari Tuhan. In sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. sebenarnya bukan saya yang alaminya.. :)

      Delete
  2. Moga dipermudahkan segala urusan sis 🤗

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan semua urusan sis.

    ReplyDelete
  4. politik ofis macam ni selalu jadi toksik dalam syarikat. sangat tak membantu kerja dan staf :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak. kita yang melihat tak tahu apa perasaan jika di tempat orang tu.

      Delete