Recents in Beach

Selamat Ulangtahun Mak


Kisahnya bulan Oktober yang lepas...

Anak lelaki sibuk dengan keluarga masing-masing. Seorang tinggal di kampung bersama Mak dan Ayah merangkap jaga mereka, serta seorang lagi menetap dan bekerja di Perak. Anak perempuan tunggal ni memang tinggal jauh di Selangor bersama keluarga sendiri juga. PKP bermula sejak bulan 3 tempoh hari, semenjak tu sampai ke harini anak-anak tak balik menziarah mak dan ayah, hanya video call bertanya khabar. Rindu.. siapa tak rindu. 

Pada hari kejadian, plan dengan abang dan adik masing-masing nak buat kejutan sambutan kali ini. Masing-masing tak boleh balik kampung, jadi hantar orang lah wakilkan anak-anak yang jauh merantau ni. Takda perancangan awal, dengan bouquet buah-buahan bersama kek. Mak pun lupa haritu hari lahir mak.

Dengan ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak, kami anak-anak mendoakan mak dan ayah senantiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberi kesihatan yang baik. 

Mengharapkan Covid-19 cepat turun dan PKP dilonggarkan agar kami dapat balik bermanja dengan mak dan ayah. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Rindu nak balik kampung sangat-sangat.
    Moga terus dipermudahkan urusan dunia akhirat untuk makcik ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. tk kak Pc, rindu tersangat ni. sekarang nak balik, sebelah Selangor pula makin tinggi, takut juga nak balik.

      Delete
  2. Happy belated birthday untuk Mak. Moga Mak sihat selalu. Cepatlah covid-19 segera berlalu, agar keluarga dapat berkumpul semula.

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday. Allah lama dah tu. Moga dipermudahkan segala kesulitan 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. memang agak lama dah.. rindu mereka di kampung

      Delete
  4. Selamat Ulangtahun Kelahiran buat makcik semoga sentiasa panjang umur dan murah rezeki..

    ReplyDelete
  5. Semoga maknya sentiasa dalam rahmatnya dan dilindungi olehNya.

    ReplyDelete
  6. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete