Ayam Masak kicap



Hari ini kita main masak-masak. Memandangkan rumah ini ada seorang budak kecil yang tak makan makanan pedas, masakan ini khas untuk budak kecil ni dan ibunya yang suka masak kicap. Cili padi dibiarkan tanpa dipotong agar budak kecil tu dapat makan tanpa banyak soal. :)

Ayam Masak Kicap
Bahan-bahan
  • Ayam yang telah siap digoreng
  • Kicap Mudim
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 ulas bawang besar 
  • Serai
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • 3 cili padi

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis bersama bahan kisar tadi.
  3. Kemudian masukkan juga serai, halia dan lengkuas sehingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan ayam goreng, gaul rata.
  5. Masukkan sedikit air, bawang besar, tomato, daun limau purut serta cili padi.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak sempurna.
Ayam Masak kicap Ayam Masak kicap Reviewed by Ibucida on 12/26/2020 10:48:00 pm Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.