27 December 2020

37# Masak Lemak Cili Api Telur


Resepi semalam, tapi hari ini baru sempat upload dalam blog. Kali ini buat ujikaji masak lemak campur ikan bilis sikit. Bukan ujikaji sebenarnya, lebih kepada backup plan lepas pada mulanya nak buat jemput-jemput tapi penyakit M singgah. Terus jadi masak untuk makan tengah hari.

Masak Lemak Cili Padi Telur
Bahan-bahan 
  • 20 biji cili padi (lebih jika suka)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • sejemput ikan bilis
  • 1 keping asam keping
  • 5 biji telur (siap rebus dan dibuang kulit)
  • Santan
  • Perasa

Cara Penyediaan

  1. Blend cili padi, bawang putih, bawang merah, ikan bilis bersama kunyit hidup.
  2. Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak bersama serai yang telah di titik.
  3. Kemudian masukkan telur tadi dan sedikit air biarkan seketika.
  4. Masukkan asam keping dan kemudian masukkan santan bila kuah sudah mendidih.
  5. Perlahankan api, dan sesuaikan rasa. Tambah sedikit garam jika perlu.

3 comments:

  1. Masak lemak ini feveret cuma yang guna telur ini tak pernah cuba buat.. Tak berapa confident.. hehehe

    ReplyDelete