[Hiking] Bukit Sg Long, Kajang


Aktiviti yang tak dijangka pun pada mulanya. Ex-officemate ajak serta dia untuk tengok awan karpet di Bukit Sg Long. Disebabkan cida bukan kaki hiking, dua tiga kali juga minta izin suami untuk pergi hiking. Kalau tak dapat keizinan, memang duduk melingkor di rumah saja.

Malam sebelum kejadian, suami bagi greenlight, dan Sofia dijaga oleh suami. Alhamdulillah..

Selepas cida sarapan ringan di rumah. Kami berkumpul dan mulakan misi kami pada jam 8.00 pagi. Orang yang tak pernah mendaki ni pada mulanya eksaited di depan, lama kelamaan mula kebelakang, sebab mula penat. hihi Masa ni, kaki masih kuat.

Dalam perjalanan naik ke atas, dapat hirup udara yang segar. Daun menghijau. Sejuk! Suasana ni dapat rasa bila balik kampung ja. Terleka sekejap. Sedar-sedar sudah sampai level 4 (kalau tak silap), awan sudah menipis. Nampaklah kerja-kerja pembinaan dibawah sana.

Kami buang masa sambil berborak. Sudah lebih empat bulan tak berjumpa. Paling tak boleh diterima bila ada yang bawa haiwan peliharaan bersama dan mengganggu ketenteraman dengan menyalak. Seram we. Kaki melatah paling terkesan lah! Nak sekeh ja tuan dia tu.
Gambar kenangan pasti di ambil. Sebagai bukti yang cida pernah sampai di atas Bukit Sg Long. Entah kurun ke berapa pula nak pergi hiking lagi. haha

Dan jangan tak tahu, tuan blog saja tak mahu update lepas turun Bukit Sg Long dia kemana pula? haha dia p pekena nasi daging dan nasi kandaq. Sekian!

Post a Comment

8 Comments

  1. Best :)

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    ReplyDelete
  2. Oh kat sungai long ada tempat hiking rupanya.. baru tau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi orang kata tak mencabar sgt, bagi first timer mcm cida ni, mintak nyawa :)

      Delete
    2. Haha hiking ni perlukan stamina ni.. kalau tak, huhuuuuuu....

      Delete
    3. tu lah.. kawan sudah ajak next hiking. cida dah surrender.. :) hahahaha

      Delete
  3. kenapalah nak dibawa haiwan peliharaan bersama.. kalau jenis yang jinak dan tak mengganggu, tak pe juga.. Ini dah mengganggu ketenteraman orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menakutkan.. bila dengar anjing tu menyalak.

      Delete