26 December 2020

Kicap & Sos Cili Mudim Terbaik

Hai kawan-kawan, hari ini nak cerita sikit berkenaan citarasa cida bila buat masak kicap. Cida jarang letak bahan perasa sekiranya masak kicap menggunakan kicap Mudim, sebab rasa kicap Mudim ini sedang-sedang elok saja. Tak percaya boleh cuba kicap Mudim. 

Kicap keluaran Bumiputera!



Cida suka Kicap Istimewa Mudim dan Sos Cili Mudim. Selalu buat stok bila balik kampung, botol paling besar (2.5kg) dengan harga yang sangat berpatutan. Serius! Boleh ke laman web Mudim untuk membeli secara atas talian (https://mymudim.my/beli/).

Sos Mudim ada kandungan bawang putih dan sedikit pedas dari sos jenama lain. Buat jemput-jemput, sesuai sangat cicah bersama Sos Cili Mudim. Sedap!

Dulu suami cida bising sebab selalu beli jenama Mudim, sekarang dia sudah serasi dengan Mudim, apa-apa cari Mudim dulu. Balik kampung pasti diborong walaupun tahu kicap ini sudah ada di Mydin, Tesco, CS dan Aeonbig. Masih setia dengan Mudim


5 comments: