29 January 2021

Jangan Tamak dan Sombong

Selamat pagi Jumaat yang penuh barakah.

Cakap seseorang ni sentiasa boleh di ubah-ubah. Amat susah untuk dapatkan bukti dari percakapan individu itu sendiri, sekejap itu, sekejap ini. Kalau dibawa ke muka pengadilan pun, percakapan ni tidak boleh di jadikan bukti. Akhirnya kita dipersalahkan.

Pemikiran sentiasa boleh berubah. Hari ini bagi arahan begini, esok bagi arahan begitu pada asas kerja yang sama. Bila hasilnya depan mata, arahan begini pula. Pening bila berurusan dengan orang sebegini. Dua tiga kali kerja yang sama.
Berat sebelah bila anak emas buat salah, mata dipejamkan telinga dipekakkan walaupun terang lagi bersuluh akan kesalahan itu. Jika orang lain yang buat salah, mati hidup semula akan digembar gembur ke seluruh pelosok cakerawala. Motif? Nak malukan orang lain yang sekali sekala buat salah? anak emas buat lah beribu kali salah masih dibutakan mata. Walhal orang sekeliling nampak dengan jelas kesalahan itu. Dengan alasan bila di audit siapa nak menjawab? anak emas, takpe mak yang akan jawabkan. 

Sekeliling menonton permainan ini sambil makan popcorn dan roti patsegi celup kopi o panas. Tengok sehingga tahap mana permainan ini akan berlangsung. Takut bom jangka meletup tiada siapa yang tahu sebab terlalu banyak bom jangka mulai terasil, hasil permainan ini.

Malas hendak didebatkan, akan dipersalahkan di akhir cerita. Hanya kerana pangkat, buah fikiran orang bawahan tiada gunanya walaupun sangat bernas dan lebih berpengalaman. Di penghujung cerita, keluhan demi keluhan yang di dengar. Abaikan, siapa suruh tamak pangkat dan kerja.

Kejar pangkat di dunia sangat penat, dan memenatkan orang sekeliling yang menjadi mangsa kerakusan diri empunya badan. Waktu kerja 8.30 pagi hingga 5.30 petang, gunalah sebaiknya jangan diseret sehingga hari minggu dan hari cuti tahunan, orang lain pun ingin meluangkan masa bersama keluarga. Cukuplah setakat mengabdikan diri 5/7 untuk kerja. Kerja lebih masa pula hanya individu tertentu saja boleh tuntut, individu lain kena ada bukti. Apakah? I

Tahukah? Orang lain punyai keluarga dan ingin meluangkan masa bersama keluarga. Tahukah orang lain sudah berkeluarga? Kasihanilah orang lain. Jangan terlalu tamak dan sombong. #donemarah

24 January 2021

Giveaway Sii Nurul


Syarat Penyertaan :
https://www.siinurul.com/2021/01/giveaway-sii-nurul-24-januari-20.html

Tarikh tutup penyertaan :
20 Februari 2021

38# Nasi Hujan Panas bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun

Mulut ni teringan sangat nak makan nasi hujan panas. Setelah berhari-hari tergendela, akhirnya berjaya juga buat. Perkara pertama yang terlintas adalah, Sofia dan ayahnya kurang minat nasi selain dari nasi putih. Bila buat, cida buat sekadar sekali makan. Harini cida masak Nasi Hujan Panas bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun.
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan
  • 3 cawan beras (beras basmathi) cuci dan rendam 1/2 jam
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 2 helai daun pandan, koyak dan simpul
  • 1 kiub pati ayam ataupun garam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2cm halia
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
  • Minyak atau butter
  • Pewarna Makanan (Merah, Hijau, Kuning)
  • Daun sup, kismis jika suka
Cara-cara
  1. Panaskan periuk dan masukkan butter. 
  2. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
  3. Setelah naik bau, masukkan beras, air, kiub ayam/garam, susu dan daun pandan. Kacau rata.
  4. Masak nasi macam biasa.
  5. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna. Biar seketika.
  6. Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  7. Tabur daun sup dan kismis sebelum dihidangkan.

Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
  • 3/4 ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam halus
  • 3 sudu besar sos chili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato (dicincang kasar)
  • 2 sudu kecil gula pasir
  • 2 batang serai
  • Bunga lawang dan kulit kayu manis
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 1/2 kotak santan
  • 1 biji bawang Holland (dipotong bulat)
Bahan kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili kering
  • 4 cm halia
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan garam tadi.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi. Masukkan bunga lawang, kayu manis, dan serai.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato jika suka. kacau rata dan masak hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan tomato dan bawang holland/
  5. Sedia untuk dihidang.

Acar Timun
Bahan-bahan :
  • 1 batang timun Jepun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • Cili jika suka
  • Cuka
  • Gula
Cara-cara:
  1. Potong timun lobak merah secara panjang, dan bawang merah nipis-nipis.
  2. Satukan cuka dan gula, gaul hingga gula hancur.
  3. Gaulkan bersama semua bahan tadi dan masukkan kedalam peti ais.
  4. Sedia untuk dihidang.

23 January 2021

Happy Birthday My Soul Mate @ 23 Januari

Bercerita pasal umur, harini ayah Sofia menyambut ulangtahun kelahirannya. Petang kemarin cida dan Sofia sudah sepakat untuk buat kad ucapan hasil kerja tangan anak dara ni sendiri. Selesai painting, terus simpan dengan harap Sofia nak bagi sendiri pada ayah. Sekitar  jam 11.40 malam anak dara ni sudah mengantuk, dan terus hadiahkan kad ucapan kepada ayah. Langsung terus berbaring dan lelap. 
Siang hari, cida surprise dengan brownies dan bouquet. Sofia orang paling eksaited. PKP, cida memang tak buat jamuan makan walaupun bersama keluarga terdekat. Masih menjaga SOP. 

Sebelah malam, makan kambing bakar. 

21 January 2021

Sarapan pagi dengan Natuwrel Daily Malt

Sebelum mulakan kerja haruslah sarapan pagi dahulu ya kawan-kawan. Cida spesis makan ikut masa. Makan lambat, pasti akan sakit kepala. Kesudahannya terbaring lesu sepanjang hari. Sebenarnya cukup sekadar alas perut dengan sebiji pisang ataupun air susu. 

Semenjak tahu mengenai satu produk ni, tersangat membantu dan tersangat mudah semudah a,b,c untuk cida. Nak tau apa? ni haa Daily Malt by Natuwrel.
Kandungan bahan di dalam Daily Malt ni seperti dibawah, dan sangat delicious! Boleh diminum sejuk mahupun suam. Dengan Daily Malt ni, sampai lunch perut cida tak meragam lagi. Boleh fokus kerja.. kerja.. kerja.. :-)
Selain dari Daily Malt, ada pelbagai produk penjagaan muka dan diri yang telah berada dipasaran. Boleh ke facebook, instagram Natuwrel. Natuwrel ni juga sudah mendapat pasaran di pasaraya. Ajen-ajen mereka sangat friendly. Cuba dulu anda pasti terpikat.

Selain dari Daily Malt, cida pernah gunakan BB Cream dan Orynzyme Serum, sekarang continue guna BB Cream dan Serum nya. Best tekstur ringan sangat bila apply di kulit muka. dan semestinya ianya NATUWREL. Dulu-dulu cida sangat suka shampoo Papaya beliau. 



14 January 2021

Puding Karemel

gambar google

Bahan bahan:
4 sudu susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 ½ cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
  1. Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
  2. Tutup api dan biarkan sejuk.
  3. Panaskan periuk pengukus.
  4. Pecahkan telur dan buang mata, kacau sehingga telur kuning pecah, jangan sampai berbuih.
  5. Masukkan susu dan esen vanilla.
  6. Tuang bahan tadi ke dalam bekas gula perang dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dalam peti ais, dan sedap dihidangkan bila sejuk.
Kali ni puding cida gula perang terlalu pekat. haha makan sajalah.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

 

Sudah setahun berlalu kita berperang melawan covid-19. Kali ini PKP 2.0 bermula 13/01/2021 sehingga 26/01/2021, dan agak merunsingkan bila angka makin meningkat pada sekitar 2,000 hingga 3,000 kes sehari berbanding PKP sebelum ini.

PKP 2.0 ini diharapkan dapat menurunkan kes sekaligus menghapuskan covid ni. Ini kali ke-dua cida kerja dari rumah (work from home) setelah PKP yang lalu. 

Perit rasa bila tak dapat wfh ni, sebab anak takda orang nak jaga, pusat jagaan pun ditutup. Memandangkan cida dan suami masing-masing kena kerja. Kali ini dapat jadual wfh, alhamdulillah.. lega rasanya. Dan suami masih kena kerja seperti biasa.

Sedih rasa bila kenangkan frontliners yang terpaksa bekerja tanpa cuti akibat covid. Anak, suami/isteri dirumah tidak dapat berjumpa. Kuatkan semangat uolls. Sama-samalah kita hapuskan covid-19 ni. Stay at home, kita jaga kita.

09 January 2021

Khasiat Buah Bidara


Info: 
Bidara merupakan salah satu tanaman yang memiliki pelbagai manfaat yang baik untuk manusia. Buah bidara adalah buah tropika dan subtropika yang boleh di dapati di banyak negara Asia.

Kandungan Nutrisi Buah Bidara :
Bidara kaya akan kandungan karbohidrat, lemak, karoten, protein, air, thiamin, riboflavin, kalsium,niacin, fosfor, zat besi, serat, Vitamin C, dan Vitamin A. Dari kandungan ini diperoleh beberapa khasiat yang membantu dan memelihara organ tubuh dan tentunya terkait juga dengan dunia kecantikan seperti mengecilkan perut buncit dan menghaluskan kulit.

Khasiat Buah Bidara Untuk Kecantikan Dan Kesihatan:
  1. Bersifat anti-bakteria yang kukuh untuk membunuh kuman, virus, mikroorganisma dan kulat.
  2. Kaya anti-oksidan yang kukuh untuk menangkal radikal bebas dan menjaga tubuh tetap sihat dan sistem imun lebih kuat.
  3. Mempercepat pengeringan dan penyembuhan luka pada kulit.
  4. Mengatasi masalah perut dan usus seperti ulser perut, gastrik dan lain-lain.
  5. Mengawal kadar gula dalam darah yang terkait untuk terapi diabetes khususnya kencing manis.
  6. Ubat herba untuk mengatasi panas dalam, sariawan, dan bibir pecah-pecah.
  7. Ubat kumur untuk menghilangkan bau mulut dan gusi berdarah.
  8. Bersifat anti-kanser yang berfungsi untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor dalam tubuh.
  9. Meregenerasi sel-sel organ tubuh yang rosak.
  10. Mengembalikan stamina lelaki yang mujarab untuk pencegahan lemah syahwat.
  11. Mempercepat pengecutan bisul.
  12. Melancarkan sistem pencernaan yang berkaitan dengan buasir.
  13. Bersifat anti-keradangan yang berguna untuk mencegah peradangan.
  14. Bersifat anti-piretik yang berkemampuan untuk menurunkan demam atau panas pada anak dan dewasa.
  15. Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dari gejala osteoporosis (pengeroposan tulang).
  16. Mengatasi gejala keputihan dan menghilangkan bau tidak sedap pada organ kewanitaan.
  17. Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak teratur.
  18. Ubat herba untuk kencing nanah, dar4h dan kesakitan.
  19. Merawat gangguan jin dan sihit.

08 January 2021

My First Giveaway by Blog Sal


Syarat penyertaan :
https://blognisalpunya.blogspot.com/2021/01/my-first-giveaway-by-blog-sal.html

Tarikh tamat : 
8 Februari 2021

Segment Bloglist 2021 Ingintahu & Youthayuju


Syarat penyertaan adalah :
https://ingintahu31.blogspot.com/2021/01/segment-bloglist-2021-ingintahu.html

Tarikh tamat :
15 Januari 2021

02 January 2021

Pengalaman Virtual Run 2020

Sebelum melabuhkan tirai 2020, sedikit penghargaan dari pihak syarikat atau lebih tepat, jabatan cida telah anjurkan beberapa pertandingan berdasarkan keadaan semasa kita sekarang ini, iaitu Virtual Run, game online dan teka silang kata. Sudah semestinya nama ini akan terselit.

Game online memang bukan kepakaran nak terlibat. Setakat main Ball Sort Puzzle pandailah. Tu pun baru level berapa. Virtual run ni boleh gagah sebab ajak suami teman berlari. Ok bukan lari sangat pun, lebih kepada berjalan laju-laju di kawasan taman. Kemudian, penyertaan dihantar melalui email. Keputusannya, Cida tersenarai antara Finisher, kahkah. Top 10 dalam mimpi.
Niat asal dah terpesong dari awal, sertai pertandingan ni pun semata nak kumpul tshirt. Sebab tu top 10 dalam mimpi.

Pengalaman yang tak kan dilupakan bila berjalan bersama suami sambil berborak. Sofia kena tinggal, tok (nenek) dan tok uncle mengasuh sekejap sementara ibu dan ayah berdating.

01 January 2021

2021 New Year

Selamat Tahun Baru 2021! Mengharapkan tahun 2021 membawa seribu kebahagiaan dalam kehidupan kita semua dan kita semua dapat menentangkan pandemik covid-19. Semoga kita menang!

Setiap dari kita pasti ada azam baru setiap tahun kan? Cida pun tak terkecuali, ada azam baru yang nak ditunaikan. InshaAllah..

Selamat tahun baru dan selamat bercuti! SOP sentiasa di utamakan.