24 January 2021

39# Nasi Hujan Panas bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun

Mulut ni teringan sangat nak makan nasi hujan panas. Setelah berhari-hari tergendela, akhirnya berjaya juga buat. Perkara pertama yang terlintas adalah, Sofia dan ayahnya kurang minat nasi selain dari nasi putih. Bila buat, cida buat sekadar sekali makan. Harini cida masak Nasi Hujan Panas bersama Ayam Masak Merah dan Acar Timun.
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan
  • 3 cawan beras (beras basmathi) cuci dan rendam 1/2 jam
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 2 helai daun pandan, koyak dan simpul
  • 1 kiub pati ayam ataupun garam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2cm halia
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
  • Minyak atau butter
  • Pewarna Makanan (Merah, Hijau, Kuning)
  • Daun sup, kismis jika suka
Cara-cara
  1. Panaskan periuk dan masukkan butter. 
  2. Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
  3. Setelah naik bau, masukkan beras, air, kiub ayam/garam, susu dan daun pandan. Kacau rata.
  4. Masak nasi macam biasa.
  5. Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna. Biar seketika.
  6. Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  7. Tabur daun sup dan kismis sebelum dihidangkan.

Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
  • 3/4 ayam
  • Serbuk kunyit
  • Garam halus
  • 3 sudu besar sos chili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato (dicincang kasar)
  • 2 sudu kecil gula pasir
  • 2 batang serai
  • Bunga lawang dan kulit kayu manis
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 1/2 kotak santan
  • 1 biji bawang Holland (dipotong bulat)
Bahan kisar:
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili kering
  • 4 cm halia
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur dengan garam tadi.
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi. Masukkan bunga lawang, kayu manis, dan serai.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato jika suka. kacau rata dan masak hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan tomato dan bawang holland/
  5. Sedia untuk dihidang.

Acar Timun
Bahan-bahan :
  • 1 batang timun Jepun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • Cili jika suka
  • Cuka
  • Gula
Cara-cara:
  1. Potong timun lobak merah secara panjang, dan bawang merah nipis-nipis.
  2. Satukan cuka dan gula, gaul hingga gula hancur.
  3. Gaulkan bersama semua bahan tadi dan masukkan kedalam peti ais.
  4. Sedia untuk dihidang.

6 comments:

  1. nak try la sbb anak sulung liez dah jatuh hati dgn nasi hujan panas masa cikgu bekalkan nasi masa pkp hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try sis, anak cida pula terbalik, nak nasi putih.

      Delete
  2. Uish menu ingtkan saya pada menu kenduri

    ReplyDelete