14 January 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0

 

Sudah setahun berlalu kita berperang melawan covid-19. Kali ini PKP 2.0 bermula 13/01/2021 sehingga 26/01/2021, dan agak merunsingkan bila angka makin meningkat pada sekitar 2,000 hingga 3,000 kes sehari berbanding PKP sebelum ini.

PKP 2.0 ini diharapkan dapat menurunkan kes sekaligus menghapuskan covid ni. Ini kali ke-dua cida kerja dari rumah (work from home) setelah PKP yang lalu. 

Perit rasa bila tak dapat wfh ni, sebab anak takda orang nak jaga, pusat jagaan pun ditutup. Memandangkan cida dan suami masing-masing kena kerja. Kali ini dapat jadual wfh, alhamdulillah.. lega rasanya. Dan suami masih kena kerja seperti biasa.

Sedih rasa bila kenangkan frontliners yang terpaksa bekerja tanpa cuti akibat covid. Anak, suami/isteri dirumah tidak dapat berjumpa. Kuatkan semangat uolls. Sama-samalah kita hapuskan covid-19 ni. Stay at home, kita jaga kita.

3 comments:

  1. Hampir setahun berperang dengan Covid-19, pelbagai rasa kita alami. Bertabahlah, dan terus berdoa semoga Covid-19 berlalu pergi.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusana..aminn

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat keadaan ini reda... Huhuuu

    ReplyDelete