14 January 2021

38# Puding Karemel

gambar google

Bahan bahan:
4 sudu susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 ½ cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
  1. Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 
  2. Tutup api dan biarkan sejuk.
  3. Panaskan periuk pengukus.
  4. Pecahkan telur dan buang mata, kacau sehingga telur kuning pecah, jangan sampai berbuih.
  5. Masukkan susu dan esen vanilla.
  6. Tuang bahan tadi ke dalam bekas gula perang dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dalam peti ais, dan sedap dihidangkan bila sejuk.
Kali ni puding cida gula perang terlalu pekat. haha makan sajalah.

12 comments:

  1. Sedapkan puding karamel. Makan yang sejuk... alahai!

    ReplyDelete
  2. huaaaa terliur tgkkkkk bau esen vanilla plak tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya puding caramel. Lama tak buat. Saya suka campur dengan roti sekali blend dengan telur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cida belum cuba lagi mcm tu. boleh try lepas ni. terima kasih utk resepi tambahan

      Delete
  4. Aduhai lama tak makan puding caramel. Boleh try ni nanti. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa.. lama tak masak apa2 menu bernama puding

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ni... Lama tak makan ni..!

    ReplyDelete