28 February 2021

Sofia bercerita

Nama saya Alisya Sofia.
Saya ada rumah.
Rumah saya warna biru.
Saya tinggal dengan ibu dan ayah saya.
Di rumah, saya sangat sayang ibu dan ayah saya.
Rumah saya ada pokok Busida.
Pokok itu sangat besar dan rendang.
Saya ada adik, Allah sangat sayang adik saya. Adik duduk di syurga.
Nama ibu saya ialah Shuhaida, nama ayah saya ialah Azizul.
Saya punya cerita sudah habis.


Baru nak update blog, datang anak dara bertanya apa guna blog ni ibu. Ok selepas ibu terangkan, ibu bagi peluang untuk Sofia menggunakan keyboard dan pc. Ini hasilnya. 

24 February 2021

Wordless Wednesday 2021/09

 

Beautiful things happen in your life

When you distance yourself from all the Negative things.

22 February 2021

Happy Birthday Mak

Alhamdulillah.. kami adik beradik serta ipar duai diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran mak mertua cida. Pada mulanya memang tidak rancang pun, jadi kek beli terus dari kedai. Dalam perjalanan ke Semenyih, terasa nak beli kek untuk mak sebab kebetulan mak mengasuh cucu kesayangan dia yang sorang ni, Sofia.

Lepas beli kek, terasa pula nak call abang ipar yang sulung untuk surprisekan mak. Abang ipar kedua, tinggal jauh sikit jadi kita video call saja. 
Semoga mak diberi kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya. 

Sofia dan nenek sebelah ayahnya, birthday mereka jatuh pada bulan yang sama, Februari. Sofia rajin berborak serta tolong siram pokok keliling rumah nenek, dengan atuk uncle pula, suka sangat speaking, di ajaknya atuk uncle jadi teacher English dia. Harap atuk uncle dia fahamlah apa cucu yang sorang ni borak.

20 February 2021

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya


Syarat Penyertaan di bawah :
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

Tarikh tutup 3 MAC 2021

17 February 2021

Alisya Sofia Turn 6

Alhamdulillah.. genaplah enam [6] tahun Alisya Sofia pada 17 Februari yang lepas. Ibu kalut sampai tak sempat update dalam blog. Sambutan ulangtahun pun buat di rumah nenek Semenyih. Di sekolah kemudian kita buat sambutan.

Cida sudah maklumkan kepada tuan badan, tahun ni kita tak sambut birthday di school. Selepas perang covid-19 dan kes tinggal sikit baru kita beli kek potong dan makan ramai-ramai di school. Tuan badan siap cakap "Sofia tahu, sebab covid-19 kita kena jaga SOP, kalau potong kek nanti berkongsi makanan, bahaya". Baiklah anak dara sudah faham.

Cida buat tempahan dengan orang yang sama. Tahun lepas kek indulgent. Tahun ni kek Walnut butterscotch. Tema tuan badan request nak Frozen, gegirl sikit. Asalnya nak patung Elsa tu, deko sepenuhnya diserahkan kepada beliau. Dua tahun sebelum ni nak Little Pony, tahun ni dah pandai buat pilihan.
Semoga anak ibu yang sorang ni membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah serta diberi kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya.
Di school cikgu bergambar buat kenangan dengan birthday girl. 

Sofia turn 5 - https://www.ibucida.com/2020/02/alisya-sofia-turn-5-alhamudulillah.html
Sofia turn 4 - https://www.ibucida.com/2019/02/selamat-ulangtahun-kelahiran-ke-empat.html

Wordless Wednesday 2021/08


Folks are usually about as happy as they make up their minds to be.


16 February 2021

Drama | My Forever Sunshine (2020)


Drama : My Forever Sunshine (2020)
Country : Thailand
Episode : 19
Main Role : Mark Prin Suparat as Arthit Suriyakkul, Kao Supassara Thanachart as Wanfahmai Warawit/Paeng, Punjan Kawin as Thanon, Sirilak Kwong as Ling, Freud Chatphong as Korakot, Katunchida as Nang, Mam Jintara as Tubtim, Duke Phanudet as Krong Prateep, Deaw Suriyon as Mark, Worumut as Tarathep and Pin Kejmanee as Pimnapa.

Entah macam mana boleh terjebak cerita Thai pula. 

My Forever Sunshine berkisar kisah seorang gadis, Wanfahmi Warawit/Paeng 15 tahun yang tinggal bersama ibu, Pimnapa dan ayahnya, Tarathep. Tarathep rasa macam sesuatu yang buruk bakal berlaku terhadap diri dia, sebab tulah dia selamatkan anaknya. Paeng telah ditinggalkan dirumah sahabat baik Tarathep, iaitu Krong Prateep dan pasangannya, Tubtim serta anak mereka Arthit. Kisah bermula bila Paeng nampak keadaan ayah dan ibunya yang dibunuh sampai dia alami trauma yang teruk.
Arthit merasa terhutang budi selepas Tarathep telah berjaya selamatkan ladang mereka dari tergadai. Dia menjaga Paeng setiap kali budak ni buat hal. Sehinggalah Paeng jatuh hati pada Arthit. Namun cintanya ditolak gara-gara Arthit sukakan Ling.
Empat sekawan, Ling, Kot, Arthit dan Non. Pada masa yang sama Arthit dan Non menaruh hati pada Ling. 

Paeng cuba untuk menggoda Arthit, Arthit pada masa ini masih menaruh hati pada Ling. Tingkah laku Paeng berubah menjadi kepada gadis yang ganas selepas trauma kematian kedua ibu bapanya. Sehingga suatu hari, hubungan Paeng dengan ibu Arthit menjadi keruh apabila Arthit terlibat kemalangan yang serius disebabkan oleh Paeng.
Nang, adik kepada Non muncul di pertengahan cerita menambah cerita dan menjadikan tingkah Paeng makin teruk. Ni kes berebut Arthit dan Nang beruntung sebab ibu Arthit menyebelahi nya.
Layanan baik Arthit pada Paeng. Masa ni mereka buat taman bunga. Comel sangat.


Selepas kejadian teruk menimpa Arthit, Paeng dihantar belajar dan pulang semula demi kemaafan dari Arthit selepas beberapa tahun. Arthit masih berdendam pada Paeng, sebagai hukuman pelbagai kerja dikerah termasuklah cuci kandang lembu dan banyak lagi. Paeng bertahan atas tujuannya yang satu itu. 

Entah bila, Arthit mula menaruh hati pada Paeng. Pada masa yang sama, Mark pula muncul diantara mereka bertiga. Satu rahsia terbongkar disebalik personaliti Mark buatkan trauma dan kisah lama pembunuhan ibu ayahnya kembali segar dalam fikiran Paeng. Masa ni Arthit mulai cintakan Paeng.
Pengakhiran cerita, Mark ditahan kerana membunuh. Manakala, Arthit telah dilamar oleh Paeng di taman bunga mereka. Sekian.

10 February 2021

Wordless Wednesday 2021/07

 

Family is not an important thing.

Its everything.

07 February 2021

Coloring Activity (day 2)

Hari ke-dua mewarna sudah nampak titik-titik tak fokus. Sambil mewarna menonton television. Bila tanya baru nak siapkan, sudahnya warna begitu saja.

Sebelah petang aktiviti Sofia hari ini adalah bermain dalam bilik sorang-sorang. Ibu intai tengok tengah skipping rope workout berselang seli dengan menyanyi. aikkk bertekad betul beliau nak kurus.. hihihi 

Ibu tak sempat kurus, anak ibu kurus dulu jawabnya ni.

06 February 2021

Coloring Activity


Pagi ini ada orang hantar assignment yang telah diberi kepadanya malam tadi, dengan ucapan 'ibu tolong check pastu bagi five star ya'.

Perkataan "Upin & Ipin" tu ibu tahu sapa yang tolong. Bila tanya terus dia jawab tanpa berselindung. 'ayah tolong Sofia warna tulisan tu'. 

Sambil melihat lukisan ni, tetiba segelas air di sediakan untuk ibu. Sambil borak-borak kosong dengan ibu. Pandai dia nak rasuah ibu la tu. 

Dalam perbualan tu, Cida ada cakap teachernya cantik berbaju kurung semalam. Sofia mulakan cerita, dia tegur teacher juga.. "Eh cantik teacher harini, nak pergi mana-mana ke?". Kemain makcik bawang ni tegur teacher.