17 February 2021

Alisya Sofia Turn 6

Alhamdulillah.. genaplah enam [6] tahun Alisya Sofia pada 17 Februari yang lepas. Ibu kalut sampai tak sempat update dalam blog. Sambutan ulangtahun pun buat di rumah nenek Semenyih. Di sekolah kemudian kita buat sambutan.

Cida sudah maklumkan kepada tuan badan, tahun ni kita tak sambut birthday di school. Selepas perang covid-19 dan kes tinggal sikit baru kita beli kek potong dan makan ramai-ramai di school. Tuan badan siap cakap "Sofia tahu, sebab covid-19 kita kena jaga SOP, kalau potong kek nanti berkongsi makanan, bahaya". Baiklah anak dara sudah faham.

Cida buat tempahan dengan orang yang sama. Tahun lepas kek indulgent. Tahun ni kek Walnut butterscotch. Tema tuan badan request nak Frozen, gegirl sikit. Asalnya nak patung Elsa tu, deko sepenuhnya diserahkan kepada beliau. Dua tahun sebelum ni nak Little Pony, tahun ni dah pandai buat pilihan.
Semoga anak ibu yang sorang ni membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah serta diberi kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya.
Di school cikgu bergambar buat kenangan dengan birthday girl. 

Sofia turn 5 - https://www.ibucida.com/2020/02/alisya-sofia-turn-5-alhamudulillah.html
Sofia turn 4 - https://www.ibucida.com/2019/02/selamat-ulangtahun-kelahiran-ke-empat.html

2 comments: