My Forever Sunshine (2020)


Drama : My Forever Sunshine (2020)
Country : Thailand
Episode : 19
Main Role : Mark Prin Suparat as Arthit Suriyakkul, Kao Supassara Thanachart as Wanfahmai Warawit/Paeng, Punjan Kawin as Thanon, Sirilak Kwong as Ling, Freud Chatphong as Korakot, Katunchida as Nang, Mam Jintara as Tubtim, Duke Phanudet as Krong Prateep, Deaw Suriyon as Mark, Worumut as Tarathep and Pin Kejmanee as Pimnapa.

Entah macam mana boleh terjebak cerita Thai pula. 

My Forever Sunshine berkisar kisah seorang gadis, Wanfahmi Warawit/Paeng 15 tahun yang tinggal bersama ibu, Pimnapa dan ayahnya, Tarathep. Tarathep rasa macam sesuatu yang buruk bakal berlaku terhadap diri dia, sebab tulah dia selamatkan anaknya. Paeng telah ditinggalkan dirumah sahabat baik Tarathep, iaitu Krong Prateep dan pasangannya, Tubtim serta anak mereka Arthit. Kisah bermula bila Paeng nampak keadaan ayah dan ibunya yang dibunuh sampai dia alami trauma yang teruk.
Arthit merasa terhutang budi selepas Tarathep telah berjaya selamatkan ladang mereka dari tergadai. Dia menjaga Paeng setiap kali budak ni buat hal. Sehinggalah Paeng jatuh hati pada Arthit. Namun cintanya ditolak gara-gara Arthit sukakan Ling.
Empat sekawan, Ling, Kot, Arthit dan Non. Pada masa yang sama Arthit dan Non menaruh hati pada Ling. 

Paeng cuba untuk menggoda Arthit, Arthit pada masa ini masih menaruh hati pada Ling. Tingkah laku Paeng berubah menjadi kepada gadis yang ganas selepas trauma kematian kedua ibu bapanya. Sehingga suatu hari, hubungan Paeng dengan ibu Arthit menjadi keruh apabila Arthit terlibat kemalangan yang serius disebabkan oleh Paeng.
Nang, adik kepada Non muncul di pertengahan cerita menambah cerita dan menjadikan tingkah Paeng makin teruk. Ni kes berebut Arthit dan Nang beruntung sebab ibu Arthit menyebelahi nya.
Layanan baik Arthit pada Paeng. Masa ni mereka buat taman bunga. Comel sangat.


Selepas kejadian teruk menimpa Arthit, Paeng dihantar belajar dan pulang semula demi kemaafan dari Arthit selepas beberapa tahun. Arthit masih berdendam pada Paeng, sebagai hukuman pelbagai kerja dikerah termasuklah cuci kandang lembu dan banyak lagi. Paeng bertahan atas tujuannya yang satu itu. 

Entah bila, Arthit mula menaruh hati pada Paeng. Pada masa yang sama, Mark pula muncul diantara mereka bertiga. Satu rahsia terbongkar disebalik personaliti Mark buatkan trauma dan kisah lama pembunuhan ibu ayahnya kembali segar dalam fikiran Paeng. Masa ni Arthit mulai cintakan Paeng.
Pengakhiran cerita, Mark ditahan kerana membunuh. Manakala, Arthit telah dilamar oleh Paeng di taman bunga mereka. Sekian.

My Forever Sunshine (2020) My Forever Sunshine (2020) Reviewed by Ibucida on 2/16/2021 05:31:00 pm Rating: 5

6 comments:

  1. put this drama on my list :)

    ReplyDelete
  2. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
  3. Macam menarik ceritanya. Nanti nak try carilah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.