Happy Birthday Mak

Alhamdulillah.. kami adik beradik serta ipar duai diberi kesempatan untuk menyambut ulangtahun kelahiran mak mertua cida. Pada mulanya memang tidak rancang pun, jadi kek beli terus dari kedai. Dalam perjalanan ke Semenyih, terasa nak beli kek untuk mak sebab kebetulan mak mengasuh cucu kesayangan dia yang sorang ni, Sofia.

Lepas beli kek, terasa pula nak call abang ipar yang sulung untuk surprisekan mak. Abang ipar kedua, tinggal jauh sikit jadi kita video call saja. 
Semoga mak diberi kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya. 

Sofia dan nenek sebelah ayahnya, birthday mereka jatuh pada bulan yang sama, Februari. Sofia rajin berborak serta tolong siram pokok keliling rumah nenek, dengan atuk uncle pula, suka sangat speaking, di ajaknya atuk uncle jadi teacher English dia. Harap atuk uncle dia fahamlah apa cucu yang sorang ni borak.
Happy Birthday Mak Happy Birthday Mak Reviewed by Ibucida on 2/22/2021 09:45:00 pm Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.